Isu yang selalu dipermainkan oleh pihak lawan khususnya pcs, warisan dan amnya bn ialah jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh USA atau Gabungan Sabah. 

United Sabah Alliance telah memperuntukkan secara kasar minima kerusi yang akan dipertandingkan adalah sebanyak 28 kerusi Dun untuk pusingan pru14 ini. 

Pihak lawan kerap memperolokkan tentang jumlah sebanyak 28 kerusi yang akan dipertandingkan itu satu usaha yang sia-sia.

Tetapi perkara yang tidak disedari oleh mereka ialah dengan jumlah minima 28 kerusi ini, jikalau Gabungan Sabah mampu menambah 4 lagi kerusi kemenangan, mereka sudah mampu membentuk 'simple majority atau majoriti mudah' didalam Dun Sabah lantas dengan itu mampu membentuk Kerajaan Baru dibawah Pentadbiran Parti-parti Tempatan sepenuhnya yang berada didalam GS. 

28 kerusi yang paling rendah dipertandingkan itu adalah sangat realistik oleh GS setelah mengambil kira faktor penambahan dan penolakan. Jikalau ditakdirkan GS mampu mencapai 28 kerusi Dun atas berkat sokongan rakyat negara Sabah yang mendukung ideologi politik perjuangan GS, ini akan membolehkan GS memiliki 46.6% atau 47% kekuatan sebagai blok pembangkang didalam Dun Sabah. 

Oleh itu, mari semua Sabahan bersama-sama membantu Gabungan Sabah mencapai kemenangan ini agar suara-suara asli Sabahan berkumandang dengan kuat dan nyaring di Dun Sabah. 

Kita lakukan dengan sukarela sepenuh hati melalui penyertaan untuk memperkuatkan jentera Gabungan Sabah. 

Jangan biarkan fitnah pihak lawan melunturkan semangat juang kita yang telah memahami keadaan yang sebenar tentang keperluan untuk mesti menolak mana-mana usaha campurtangan politik dari malaya didalam kerajaan negara Sabah. 

Sabah for Sabahan! 

HARAPAN SABAHan untuk melihat SABAH PROGRESIF hanya mampu dicapai melalui PERPADUAN dengan semangat SOLIDARITI TANAH AIRKU. KeCINTAan SABAH tidak akan wujud jikalau ia tidak difahami dan dipegang dengan nyawa. 

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.