Ranau, 23 Mei 2017: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bercadang untuk menubuhkan sebuah Dewan Seni Artis Tempatan Sabah bagi menjaga kebajikan termasuk bakat dan seni nyanyian di negeri ini apabila berjaya memimpin kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden Harapan Rakyat, Datuk Maijol Mahap berkata, pihaknya yakin cadangan itu akan turut mendapat sambutan dari rakan Gabungan Sabah dan orang muda selain memastikan aktiviti cetak rompak dapat dibendung dari berleluasa.

“Memang diakui, Sabah mempunyai bakat seni nyanyian yang begitu tinggi mutunya namun aktiviti cetak rompak terus menghantui pengiat seni apabila karya mereka disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Justeru, kita (Harapan Rakyat) bersama Gabungan Sabah bercadang untuk menubuhkan sebuah Dewan Seni Artis Tempatan Sabah bagi menjaga kepentingan pengiat seni dengan lebih terjamin lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Pesta Kaamatan 2017 anjuran Harapan Rakyat bersama Gabungan Sabah di Lohan Rest House baru-baru ini dan disempurnakan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin.

Maijol berkata, Dewan Seni Artis Tempatan Sabah itu nanti akan memberi latihan kepada pengiat seni termasuk seni nyanyian, vocal, mencipta lagu, nota muzik dan pelbagai lagi.

“Dewan ini akan berfungsi seperti sebuah akademi bagi memberi latihan yang lebih meluas agar bakat seni di Sabah dapat dibawa keperingkat lebih tinggi.

“Selain itu, jika kita diberi peluang mentadbir kerajaan selepas PRU14, kita juga akan mengiktiraf pengiat seni melalui program penganugerahan seni,”katanya.

Menurutnya, segala keperluan itu adalah amat penting bagi terus memberi impak yang besar pada orang seni di Sabah.

“Saya percaya, cadangan ini akan disambut baik oleh semua pihak khususnya orang muda dan pengiat seni di negeri ini,”katanya.

Sumber: Wadah Harapan
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.