Saya ingin membalas post En.Hasmin Azroy yang memegang jawatan selaku Ketua Pemuda PCS. Sila baca dan fahami.

Ini jawapan balas saya.

Setelah membuat pembacaan berkali-kali tentang post terbaru anda, En.Azroy, baru saya teringat bahawa dua persoalan ini juga yang telah pernah anda ajukan kepada saya pada pertemuan tiga tahun yang lalu selepas pilihan raya ke-13. Ketika mendengar persoalan dan penjelasan yang anda berikan, ia adalah sama seperti jawapan yang anda katakan sekarang.

Jawapan pertama dan kedua anda iaitu " akhirnya kita bersetuju bahawa hak tuntutan hak sabah ini masih memerlukan malaya" dan "kita perlukan kerjasama dengan Malaya dalam konteks perjuangan hak Sabah. Saya setuju bahawa kerjasama itu perlu bersyarat. Tetapi biarlah berkerjasama dalam satu bentuk persefahaman yang bermaruah dan berintegriti".

Selebihnya jawapan balas anda yang panjang lebar itu hanyalah satu luahan ketidakpuashatian yang bersifat peribadi, yang sungguh mendalam terhadap seseorang dan ia tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Saya sungguh tidak tahu apakah sebenarnya punca perselisihan faham ini sehingga ia menjadi barah didalam perjuangan anda. Ia seolah-olah seperti dendam kesumat (dendam yang sangat-sangat kuat). 

Pada waktu anda memberikan penjelasan itu pada tiga tahun yang lalu, kewarasan dan kematangan saya untuk berfikir tertutup sehingga saya juga turut sama 'terjangkit' api kemarahan anda terhadap beliau. Saya juga secara tidak sedar telah memainkan sedikit peranan untuk menyampaikan suara-suara anda kepada rakan-rakan yang lain. Tetapi setelah membuat muhasabah dan refleksi diri tentang perbuatan ini, saya mendapati ada sesuatu yang tidak kena dan tidak baik, dan saya menghentikan niat untuk meneruskannya dengan serta-merta. 

Anda telah menyalahkan strategi yang digunakan oleh STAR dibawah kepimpinan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan. Anda juga telah mempersoalkan tentang integriti dan kewibawaannya didalam membuat keputusan dan bermacam-macam perkara lagi. Dan saya percaya anda sudah berusaha untuk menegur beliau dari dalam parti dengan niat yang baik. Segala teguran anda itu saya juga percaya telah diberi perhatian penuh oleh beliau untuk penambahbaikan.

Sebagai seorang Ketua Pemuda STAR Sabah dahulu, anda boleh dikatakan sebagai 'orang kuat' beliau yang mempunyai tanggungjawab penuh untuk memegang prinsip perjuangan dan pendirian yang didukung oleh parti STAR, namun malangnya selepas pilihanraya 13 itu berakhir, anda telah meletakkan segala punca kekalahan dan kesilapan itu sepenuhnya kepada beliau tanpa melihat sedikitpun sama ada faktor kekalahan dan kesilapan itu ada berpunca pada diri anda sendiri ataupun tidak.

Sebaliknya anda telah mengambil jalan yang berbeza dengan menyebarkan kemarahan anda yang bersifat peribadi ini terhadap beliau kepada hampir semua ahli-ahli STAR yang lain sehingga kini jelas kelihatan terdapat perpecahan yang nyata kerana 'terjangkit' dengan kemarahan anda ini.

Anda memilih untuk tidak menyelesaikannya secara matang dan professional malah dengan pantas anda putuskan hubungan persahabatan mereka dengan beliau demi kepentingan anda agar mereka mengalihkan sokongan kepada anda atas dasar 'kebencian dan kemarahan' yang tidak berasas, yang telah ditanam oleh anda. Pemikiran dan pemahaman mereka telah disesatkan oleh cerita fitnah yang ditaburkan oleh anda dan semuanya itu jelas tidak terbukti akan kebenarannya. Walaupun jawapan telah diberikan bagi sesuatu perkara yang berlaku, anda menafikannya dan membuat tanggapan menurut pandangan jahat anda itu.

Kini, anda kerap kali memperlekehkan segala usaha murni yang dilakukan oleh beliau seolah-olah segala-galanya hanyalah satu 'lakonan' untuk 'memperbodohkan' rakyat negara Sabah. Ia sungguh menampakkan dengan jelas bahawa anda tidak dapat sungguh menerima kekalahan lalu secara positif dan menterjemahkannya melalui tindakan anda sekarang ini melalui penentangan.

Jikalau dahulu saya tidak mampu memberikan respon dengan baik untuk menjawab persoalan anda serta kemarahan itu, maka sekarang saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan nasihat kepada anda sebagai seorang kawan.

Kekalahan parti STAR yang lalu itu adalah kekalahan dan kegagalan milik bersama. Ia jelas menunjukkan terdapat banyak ruang kelemahan yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi menghadapi pru akan datang iaitu pru 14 ini. Walaupun beliau hanya memenangi sebuah kerusi sahaja, ia bukan sesuatu yang boleh anda perlekehkan atau menghina seperti budak hingusan kerana disebalik kemenangan kerusi itu adalah kerana strategi dan usaha yang telah digunakan oleh beliau bersama-sama dengan jenteranya yang berfungsi sangat aktif dikawasan itu telah membuahkan hasil. Mungkin anda boleh katakan kemenangan itu adalah disebabkan oleh faktor pengaruh beliau tetapi jikalau dilihat melalui rekod data keputusan pru 13 dikawasan itu, perbezaan jumlah kerusi beliau itu hanyalah sekitar 200 lebih sahaja dan itu adalah satu persaingan yang sungguh sengit lantas mematikan alasan faktor pengaruh semata-mata. Tanpa usaha yang gigih dalam memperkukuhkan jentera di kawasan itu, beliau sudah pasti tidak akan mampu untuk memenangi kerusi DUN Bingkor N.32 

Melalui pandangan peribadi saya, kegagalan parti STAR yang lalu adalah kerana kegagalan pihak-pihak calon untuk menyakinkan rakyat akan kepimpinan dan kewibawaan mereka. Pendekatan yang dilakukan mungkin kurang berkesan serta dana kewangan antara punca yang menyebabkan jentera itu tidak dapat berfungsi dengan baik dan efektif. Selain itu perlawanan yang menyaksikan lebih daripada satu penjuru seharusnya diambil kira didalam perkiraan anda sebelum menyalahkan beliau. Dalam erti kata lain, jikalau mahu dinyatakan faktor-faktor itu sungguh banyak sekali. Adakah ini semua pernah anda pertimbangkan dengan matang dan professional sebelum menuding jari sepenuhnya terhadap beliau atas kekalahan dan kegagalan yang berlaku kepada diri anda selaku bekas calon STAR pada PRU13 yang lalu? Jikalau anda katakan ya, saya percaya bahawa anda pasti tidak akan berkelakuan seperti kebudak-budakan ini sekarang.

Lihatlah parti SAPP sebagai rujukan 'UTAMA' untuk refleksi diri anda sendiri. Usaha SAPP untuk mempertahankan kerusi serta untuk menambahkannya sebelum ini telah menemui kegagalan yang teruk namun mereka tidak melihatnya secara negatif sebaliknya menjadikan peristiwa hitam yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan lalu itu sebagai iktibar untuk tidak diulanginya lagi. Mereka kini sedang memperkuatkan jentera dan berusaha untuk memperbaiki imej parti melalui pelbagai usaha yang wajar diberikan pengiktirafan oleh semua rakyat negara Sabah. Mereka akui dan menerima kegagalan itu dengan hati waja yang terbuka tetapi tidak pernah sesekali menyerah kalah malah bangkit dengan satu semangat dan ini dibuktikan melalui komitmen mereka yang ditunjukkan dalam penglibatan membentuk Gabungan Sabah yang bakal mendominasi kuasa politik negara Sabah ini. 

Untuk setakat ini, saya belum pernah mendengar suara-suara sumbang yang menuding jari kearah presiden parti mereka atas kekalahan yang lalu sebaliknya adalah satu pengakuan ikhlas bahawa mereka termasuk dengan presiden parti sekali telah melakukan perhitungan yang salah. Berani mengakui kelemahan, kesilapan diri dan parti, dan menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperbaikinya secara positif dengan membina semula imej parti dengan tekun dan gigih. Saya sungguh percaya dan realistik bahawa tempat-tempat yang pernah dimiliki oleh mereka sebelum ini mampu diraihnya semula malah akan memperolehi penambahan kerusi kelak.

Saya meminta maaf kerana jawapan yang mewakili pandangan saya sebelum ini yang menjawab dua 'persoalan mudah' anda itu tidak menepati 'skema jawapan pandangan' yang 'telah anda sediakan' pada tiga tahun yang lalu. Ternyata, kita mempunyai perbezaan pandangan dan pengertian yang cukup jelas tentang bagaimana kita boleh memperjuangkan hak-hak bangsa negara Sabah. Jikalau pun anda mengerti tetapi anda telah menolak strategi itu atas alasan-alasan yang negatif sekali hanya kerana disebabkan oleh kegagalan pertama didalam dunia politik anda.

Anda telah mempersoalkan dengan niat yang sungguh negatif tentang justifikasi yang telah diberikan oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan sebagai 'anti-malaysia'. Ia sungguh jelas kelihatan juga bahawa anda telah berubah alunan prinsip dan perjuangan didalam politik tanah air negara Sabah ini malah yang lebih teruk lagi anda sebenarnya sedang memainkan siulan dan irama yang senada dengan suara-suara pro parti-parti malaya yang inginkan campurtangan malaya di dalam pentadbiran negara Sabah ini selamanya dengan justifikasi 'hambar dan lapuk' untuk mendapatkan hak-hak bangsa negara Sabah.

Ingin saya perjelaskan lagi dengan tegas sekali bahawa tuntutan Hak Sabah ini hanya dapat dilakukan melalui Kerajaan Negara Sabah melalui kepimpinan parti-parti tempatan kepada Kerajaan Persekutuan. Kerjasama yang dilakukan 'tidak boleh' mengorbankan 'hak asas' Sabah iaitu kuasa politik walau apa jua justifikasi yang diberikan untuk merasionalkan tindakan itu. 

Anda menyanjungi kekuatan parti-parti malaya kerana apabila melihat kejayaan mereka menguasai beberapa negeri di malaya. Ingin saya perjelaskan dengan terang dan bersuluh bahawa kejayaan mereka menguasai beberapa negeri di malaya itu adalah kerana mereka merupakan parti-parti tempatan malaya! Dap menguasai Pulau Pinang dengan kapasiti sebagai parti tempatan hasil kerjasama dengan parti tempatan daripada parti pkr! Pkr menguasai Selangor dengan kerjasama dap dan pas kerana itu adalah parti-parti tempatan mereka! Kelantan dikuasai oleh pas kerana itu adalah parti tempatan mereka! Semua negeri-negeri di malaya dapat disimpulkan telah dikuasai oleh parti-parti tempatan mereka sama ada yang berada didalam pakatan harapan mahupun barisan nasional! Sedangkan Sarawak juga dikuasai oleh parti-parti tempatan lantas ini semua menyokong dengan teguh sekali kenyataan saya bahawa rakyat negara Sabah mesti dikuasai oleh parti-parti tempatan yang pro Sabahan khususnya yang berada didalam Gabungan Sabah tanpa perlu berkompromi dengan parti-parti malaya! Titik!

Walau bagaimanapun anda dengan kerasnya dan percaya bahawa strategi itu sungguh tidak berpijak di bumi yang nyata malah memperlekehkan pemikiran, pendirian dan prinsip ini seperti pemimpin-pemimpin malaya. Jelas kelihatan sungguh semangat pejuang kebangsaan anda yang pernah saya sanjungi dan kagumi dahulu telah hilang sinar sepenuhnya dan yang hanya terpancar kini dari dalam diri anda adalah hanya satu refleksi imej semangat yang luntur, yang hanya percaya bahawa perjuangan ini tidak akan tercapai jikalau tiada campurtangan malaya dalam perjuangan politik negara Sabah. Jikalau melihat dengan sepenuhnya idea yang ingin anda 'paksakan untuk dilaksanakan' iaitu 'bekerjasama dengan parti-parti malaya' yang menggunakan konsep Sabah Grand Opposition Alliance (SGOA), yang dicadangkan oleh PCS, saya secara jujur melihat konsep itu tidak jauh beza dengan konsep Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada parti-parti tempatan dan malaya. Idea dan konsep ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru cuma 'Penjenamaan semula'.

Adalah terlalu pelik sekali apabila parti-parti malaya yang berada di negara Sabah ini meminta ibu pejabat pentadbiran mereka untuk melepaskan hak-hak Sabah kepada bangsa negara Sabah sedangkan misi mereka adalah untuk merampas hak-hak bangsa negara Sabah. Atas sebab itulah mengapa daripada dahulu sehingga sekarang barisan nasional yang dianggotai oleh parti-parti tempatan dan malaya tidak mampu untuk mengembalikan hak-hak bangsa negara Sabah!

Keberkesanan itu sudah jelas terbukti akan ketidakmampuan untuk mencapai hak-hak bangsa negara Sabah kerana terdapat terlalu banyak alasan yang tidak pernah sesekali berkesudahan. Kesannya, ini telah membuatkan bangsa negara Sabah khususnya generasi muda negara menjadi sangat muak sekali dan memandang serong dan hina tentang erti sebuah perjuangan politik. Anggapan dan pemikiran seperti 'akhirnya rakyat tertipu juga oleh malaya' sudah seolah-olah menjadi satu 'trend' pemikiran daripada zaman bermulanya rampasan hak negara Sabah diawal tahun 1976 sehingga sekarang akan terus berlaku jikalau perjuangan politik yang sebenar tidak dipraktiskan. Tetapi itu sesekali tidak akan berlaku lagi kerana kewujudan Gabungan Sabah akan mematikan tanggapan dan 'trend' pemikiran itu untuk sekarang dan selamanya!

Apa yang nyata dan realiti sekarang, ideologi perjuangan politik yang didukung oleh Gabungan Sabah jelas sungguh membawa wadah pengertian yang sebenar-benarnya kepada generasi muda negara Sabah tentang erti sebuah perjuangan politik.

Hak-hak bangsa negara Sabah mesti dituntut sepenuhnya oleh kuasa politik dibawah kepimpinan parti-parti tempatan yang berjiwa nasionalis melalui kerajaan negara Sabah kepada kerajaan persekutuan!

Jikalau keengganan kerajaan persekutuan untuk tidak menyerahkan hak-hak itu sepenuhnya kepada kerajaan negara Sabah dibawah kepimpinan kuasa politik kerajaan negara Sabah yang ditunjangi oleh parti-parti tempatan, ini akan memberikan mesej yang jelas bahawa tidak ada maknanya untuk bangsa negara Sabah ini untuk terus bersekutu dibawah nama 'malaysia' ini lagi! MERDEKA itu JAWAPANNYA!

Disaat pemimpin-pemimpin negara Sabah yang lain seperti Darell Leiking, Terrence Siambun, Junz Wong dan Datuk Lajim Ukim memilih untuk berjuang dibawah panji semangat Sabah for Sabahan, anda pula yang bertungkus-lumus 'menjual' ideologi 'Sabah for malaya'. Orang bergerak ke hadapan, anda pula yang bergerak ke belakang dengan menyesatkan kefahaman pejuang-pejuang lain yang inginkan pembelaan dengan menggunakan isu MySabah, bn friendly and bermacam-macam lagi. Sungguh menyedihkan anak muda seperti anda ini.

Anda bercakap soal bermaruah dan integriti, adakah perbuatan menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang dengan pelbagai cerita fitnah, satu perbuatan yang bermaruah dan berintegriti? Adakah sokongan yang ingin diraih oleh pcs untuk pru14 ini adalah hasil melalui cerita fitnah dan kebencian yang tidak berasas? Adakah hanya itu sahaja kemampuan pcs? Oh sungguh tidak terkata sekali untuk menjawab persoalan ini.

Membaca artikel terbitan pcs dan ahli-ahlinya semakin hari semakin membuang masa kerana tidak terdapat intipati mesej yang berguna untuk pembangunan minda atau sesuatu yang baru yang positif untuk renungan bersama sebaliknya ia penuh dengan penipuan dan fitnah yang didalangi oleh parti presiden, amt dan ahli-ahlinya.

"HARAPAN bangsa negara Sabah untuk melihat SABAH PROGRESIF hanya akan dapat dikecapi melalui PERPADUAN dan juga SOLIDARITI TANAH AIRKU. KeCINTAan SABAH hanya akan timbul apabila kesedaran dan tanggungjawab itu difahami dan dipegang dengan nyawa"

***Ini adalah rujukan post saya sebelum ini untuk bacaan umum: Mosses PA ***

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.