1. Faktor Perjuangan

STAR serius dan konsisten memperjuangkan autonomi Sabah. Menuntut hak- hak Sabah yang dijamin semasa menubuh Malaysia. Hak-hak ini meliputi semua yang dijamin oleh Tunku Abdul Rahman, 20 Perkara, Laporan IGC, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

2. Faktor Kepimpinan

STAR dipimpin oleh seorang pemimpin yang cukup teruji keberanian, kebijakan, kesabaran dan konsistensinya. Dr Jeffrey Kitingan sebagai presiden STAR terkenal dengan jati diri dan integriti yang tinggi. Anak Sabah yang berpendidikan Phd dari Harvard ini sudah pasti aset yang sangat berharga kepada Sabahan. Jiwa Sabahan pemimpin ini menyerlah sejak sebelum berada dalam dunia politik sehingga sekarang. Pernah ditahan dalam ISA hanya kerana kelantangan menyuarakan hak- hak Sabah selama dua tahun tujuh bulan. Dalam apa keadaan sekalipun, beliau tetap konsisten dengan prinsip perjuangannya sehingga sekarang. 

3. Faktor Pencapaian

Kesedaran dan keberanian rakyat Sabah semakin menyerlah hasil perjuangan Dr Jeffrey. Sekarang ini siapa pun bercakap tentang autonomi, 20 Perkara, Perjanjian Malaysia 1963, Sabah for Sabahan dan sebagainya. Bukankah perkara-perkara ini yang menyebabkan Dr.Jeffrey ditahan ISA pada 13 Mei 1991? Ini bererti semakin ramai 'Dr.Jeffrey' sekarang.

Selama ini ramai mempertikai apa yang diperjuangkan oleh Dr Jeffrey. Namun, perubahan dunia digital yang begitu drastik memberi peluang kepada siapa saja untuk meneroka, mengkaji, menyelidik dan akhirnya kebenaran ditemui. Dunia kini lebih terbuka dan Sabahan semakin berilmu pengetahuan. 

Suatu ketika dulu 16 September setiap tahun dinyatakan sebagai Hari Jadi TYT sahaja.  Baru berapa tahun yang lalu 16 September diiktiraf sebagai Hari Malaysia. Ini juga hasil daripada suara dan desakan Dr Jeffrey sekian lama.

Dr Jeffrey bukan setakat bercakap tetapi cuba membuat apa saja tindakan untuk menuntut hak-hak kita. Contoh terbaru ialah beliau menyampaikan memorandum tuntutan hak Sabah kepada Perdana Menteri yang dicemburui banyak pihak. Berikutan penyerahan memorandum ini maka kerajaan bersetuju menubuh jawatankuasa untuk mengkaji, meneliti dan melaksana hak-hak Sabah. Kerajaan Sabah juga menyatakan minat duduk semeja dengan pembangkang untuk berbincang tentang hak-hak Sabah. Bukankah ini hasil dari tindakan Dr Jeffrey

Beliau juga ke United Kingdom baru-baru ini semata-mata bersuara tentang hak-hak Sabah. Ini bukan lagi setakat di Dewan Undangan Negeri Sabah tetapi di peringkat antarabangsa! Beliau berucap dan dunia mendengar. Ada siapa pemimpin Sabah yang lain dipanggil bercakap tentang hak-hak Sabah di peringkat antarabangsa?

Mari kita semua berfikir secara kreatif dan kritis. Kita utamakan hak-hak kita di Sabah kerana ini yang menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada generasi kita.

Selamat berjuang dan salam solidariti.

Feddrin Tuliang
Naib Presiden STAR
Ketua Wiramuda STAR Sabah
Ketua Bahagian STAR N.31 Paginatan
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.