Saya terpanggil untuk memberikan respon terhadap post dalam whatsapp yang disebarkan. 

Saya tidak meminta anda untuk menyebarkannya tetapi cukuplah untuk dibaca dan difahami. 

*******************************************
Post whatsapp (c/p) 

*Kenapa PCS keluar dari USA*?

1) Semasa PCS  masih dlm GS, Press statement WB pd 19 mac  mencadangkan *The Grand Opposition Alliance*;
iaituπŸ‘‡πŸ‘‡

GS( STAR, PCS, SAPP, HR, PPRS) + PWS + PH

Sejujurnya, PCS mahu supaya GS mengembangkan peluang kerjasama dgn pembangkang yg masih berada di luar GS kalaupun mereka tdk masuk GS.  

Malangnya, somehow, cadangan itu, bila dikemukakan oleh Timb. Presiden PCS  semasa mesyuarat  Majlis GS, ianya ditolak bulat2.

2) Ddjk, DYTL, DSPL mesra BN. Kalau mereka betul2 mau lawan BN, buat apa mesra2 lagi. Hingga kini ddjk & dytl berada di dlm MySabah, di mana pengerusinya Anifah Aman. Mereka diperalatkan oleh Anifah. 

Itu πŸ‘†pasal, πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

 GS dituduh orang di luar GS sebagai pro-BN @ tajaan BN. So, selagi PCS berada di dlm GS.. PCS juga terpalit. 

3) PCS berpegang kpd Deklarasi USA yg telah di tandatangani pd 20 Nov 2016 utk *Total Regime Change di Malaysia* tapi STAR dan Sapp lantang dgn berkata *Tolak BN dan Tolak PH*. Pd masa yg sama dgn laungan *Tumbangkan Najib! 

Aik... GS boleh tumbangkan Najib ka? Jauh panggang dari apiπŸ˜‚. Najib dan BN terbahak-bahak ketawa. Mcmna GS tumbangkan BN bila fokus GS ialah 28 kerusi saja? 

Tuan2/Puan2; Hanya PCS tu yg betul2 serious dlm GS. 

Perhatikan... kenapa hanya WB yg dipercayai oleh Warisan, DAP, PKR  dlm GS sebagai  betul2 melawan BN? 

DDJK semai sentiment anti-Malaya kpd penyokong STAR.. tapi kenapa dia pigi Malaya cium tgn Najib?

Sya bukan memburuk-burukkan GS ya... sekadar mengulas supaya kita faham  risikonya berada dlm GS. Perjuangan kita itu sia2 dan menipu rakyat dgn memberi harapan palsu utk menang. 

Jika GS itu sebuah bungkusan... bungkusan itu dlm genggaman BN. 

Myngkin.. selepas PCS keluar dari Bungkusan tu.. BN sdh risau kerana PCS terlepas dari bungkusan GS.

*********************************************

Jawapan balas saya adalah seperti berikut;

Pandangan saya terhadap kenyataan ini adalah seperti berikut:

1. Prinsip Perjuangan dan Pendirian GS adalah Kerajaan Sabah ditadbir oleh parti-parti tempatan sepenuhnya seperti kerajaan negara Sarawak. Dengan melebarkan kerjasama dengan parti-parti malaya akan menghalang matlamat ini tercapai dan akan mengakibatkan campurtangan malaya dalam urusan pentadbiran kerajaan negara Sabah tidak akan pernah berakhir. Idea untuk bekerjasama itu ada logiknya tetapi apabila melihat kepada senario politik yang berlaku di malaya, mereka juga sedang tunggang terbalik. Dikhuatiri pengaruh mereka juga akan semakin lemah disebabkan saling tikam-menikam dan tiada permuafakatan. Adakah dengan mereka ini yang anda ingin sandarkan kerjasama? 

2. Apabila kita berdiplomasi untuk menuntut hak dengan pihak kerajaan, dengan siapakah yang harus ditemui? Adakah dengan orang-orang bawahan kerajaan atau sebaliknya dengan orang yang tertinggi didalam pentadbiran kerajaan yang pada masa itu adalah najib? Apabila anda berjumpa untuk tujuan perbincangan secara konstruktif, adakah kita berjumpa dengan mengucapkan "hi" tanpa bersalam? 

Saya melihat usaha MySabah adalah satu pendekatan yang positif dan professional kerana pemimpin STAR dan SAPP rela untuk mengenepikan soal perbezaan ideologi untuk sementara waktu sebaliknya bekerjsama menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam Perjanjian Malaysia 1963, yang memfokuskan isu cukai 40‰.

Untuk menyelesaikan perkara ini, sudah tentulah pihak kerajaan yang akan mengetuai perbincangan ini dan Datuk Anifah dipilih untuk mengetuai bagi mewakili pihak kerajaan. 

Persoalan yang perlu dijawab dengan jujur oleh orang-orang yang menabur fitnah kononnya STAR dan SAPP (atau secara langsung GS) sebagai agen bn, ialah apabila (kononlah) warisan+pcs+ph ditakdirkan memerintah kerajaan Sabah,  dengan siapakah mereka perlu berurusan untuk menyelesaikan permasalahan Sabah jikalau pada waktu itu ditakdirkan najib masih kekal sebagai pm atas kemenangan mudah pada pru14?

Bukankah dengan najib juga mereka perlu berjumpa, bersalam dan bergambar untuk tujuan membuktikan usaha bagi menyelesaikan masalah Sabah? 

Tuduhan orang luar itu tidak mempunyai asas kukuh dan ia sebenarnya hanya bertujuan untuk merosakkan imej perjuangan STAR dan SAPP melalui penyebaran fitnah. 

3. Tidakkah anda semua melihat pendirian dan perjuangan STAR dan SAPP (GS) itu sangat benar melalui kelantangan mereka bersuara untuk menolak bn dan laungan "tumbangkan najib" setelah kegagalan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini? 

GS sememangnya tidak mampu untuk menumbangkan najib secara drastik tetapi melalui strategi melemahkan kekuatan bn-umno Sabah itu dengan memenangi kerusi-kerusi dun dan parlimen sedikit demi sedikit untuk beberapa pru (ini adalah logiknya). 

4. Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Wilfred Bumburing, pemimpin-pemimpin GS memilih untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain hanya selepas pru ada logiknya. Ini kerana jikalau ditakdirkan 28 kerusi itu diraih oleh GS, manakala parti-parti pembangkang yang lain juga berjaya meraih sejumlah kerusi dun dan parlimen, dari sana barulah kita mampu berbincang untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan campuran justeru itu ia mampu menafikan bn-umno Sabah melalui persepakatan ini. 

Saya melihat GS ini adalah bukti yang kuat yang telah ditonjolkan oleh semua komponen parti cuma terdapat kesangsian oleh satu parti kerana tidak mempunyai kepercayaan akan strategi ini. 

Saya melihat secara peribadi bahawa WB telah diperalatkan oleh warisan dan ph untuk melemahkan kekuatan gabungan parti-parti pembangkang tempatan yang pada masa ini telah mendapat sokongan kuat khususnya rakyat negara Sabah di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah. 

DDJK hanya memberikan pendedahan tentang salahlaku malaya selama ini keatas rakyat negara Sabah dan sudah tentu kemarahan itu timbul setelah kesedaran itu diperolehi. Jikalau anda ditipu, adakah anda gembira? Kemarahan itu dipusingkan oleh parti lawan kononnya sebagai "anti-malaya". Kebodohan pemikiran jenis apakah manusia seperti ini? 54 tahun ditipu itu bukan sesuatu hal yang boleh dipandang ringan! 

Setahu saya, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa DDJK mencium tangan pemimpin malaya (najib), yang hanya ada bukti adalah shafie apdal (mencium tangan pemimpin malaya iaitu mahathir). 

Kenyataan anda ini sebenarnya sudah memburuk-burukkan rakan seperjuangan dan ini semua bukan ulasan sebaliknya fitnah sepenuhnya! 

GS tidak memberikan harapan palsu kepada rakyat dan ini dibuktikan melalui piagam 15 teras itu dimetrai secara rasmi!

Saya melihat terdapat kesilapan dalam perhitungan oleh pcs dalam hal-hal ini. GS berada didalam genggaman rakyat negara Sabah kerana rakyat Sabah lah yang akan memberikan mandat kepada mereka. Kini seolah-olah secara kasar pcs menjadi bungkusan dalam genggaman warisan.

Pandangan dan respon saya ini adalah untuk membalas kenyataan fitnah post ini. Kekasaran bahasa dan kenyataan adalah selari dengan kekasaran fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak lawan. 

Saya menghormati keputusan pcs dan saya tidak memusuhi mereka. Ini adalah pandangan jujur dari saya. 

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.