Saudara-saudari ku yang masih lagi tidak tahu mau undi bn atau pembangkang khususnya USA. Mari saya kupas situasi semasa ya. BN sekarang sudah goyang di Malaya. Sabah & Sarawak saja harapan dorang umtuk kekal di Putrajaya. PRU14 adalah peluang keemasan kita untuk kita 'flex muscle' (meregangkan otot) kita. Kasi ingat dorang kedudukan sama rata Sabah yang telah lama diabaikan. 

Pembangkang yang kuat di Sabah ada manfaatnya. Tidak rugi kamu undi parti-parti USA. Kalau USA menang, dimasa itulah kita tuntut dan laksanakan 15 perkara dalam manifesto kita. Kalau USA kalah, tidak apa. Yang penting kita kurangkan majoriti undi kemenangan dorang (bn). Send a message to Putrajaya yang mereka sudah goyang-goyang di Sabah. Sudah tentu Putrajaya akan berabis untuk menang balik undi kamu. Maka lebih banyak peruntukan dibagi. Kan kita berada dalam win win situation? Kita twist tangan Putrajaya untuk bagi lebih banyak pembangunan. 

Pan Borneo tu tidak payahlah bn banggakan. Pan Borneo tu sebenarnya satu 'kemaluan' besar bagi mereka sebab highway tu seharusnya dilaksanakan dari dulu lagi. Ia infrastruktur penting untuk menjana ekonomi Sabah & Sarawak. Berpuluh-puluh tahun sudah kita seMalayasia, baru era si Najib baru kena buat. Jadi kamu bilang si Najib tu baik? Ya dan tidak. Ingat. Najib tu masih dari rejim yang sama memerintah kita sejak merdeka. Kalau bukan kerana si Najib mau simpan kita sebagai Fix Depositnya untuk kekal berkuasa, mana dia peduli Sabah. Sarawak tahu yang dorang pegang kuasa sekarang sebab keadaan politik di Malaya. Dorang guna leverage ini untuk demand ini itu semasa allayarham Tok Nan masih hidup. 

Kuasa dihujung jari kita. Ini kalilah! 


Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.