Para pemimpin luar Gabungan Sabah (GS) terlihat hanya mempergunakan Malaysia Agreement 1963 (MA63), 20 Perkara (20P) dan isu hasil cukai 40% untuk modal politik.

Sebagai contoh, mereka mahu menjadi hero menyebut berjuang MA63, tapi langsung tidak tahu sejarah dan isi MA63.

Sebab itu tidak tahu apa yang mereka perjuangkan. Mereka benar-benar sebut MA63 hanya sebagai modal politik.

Mengapa mereka marah Datuk Jeffrey G.Kitingan (DDJK) dan Datuk Yong Teck Lee (DYTL) terlibat dalam MySabah?

1. Kalau isu 40% itu terlaksana, mereka bimbang kehilangan modal politik.

2. Mereka cemburu sebab dua pemimpin GS tu bersedia kehilangan modal politik, sebaliknya mereka berdua fokus penuh pada keperluan untuk berjuang.

3. Sebagai pemimpin proxy Malaya di Sabah, sudah jadi tugas pemimpin-pemimpin luar GS untuk tidak mahu terlibat serius dan sejati dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah.

Pemimpin luar GS tidak mahu sedar yang penglibatan DDJK dan DYTL dalam MySabah, telah buka minda Sabahan tentang ternafinya hak kita yang tersurat dalam Perlembagaan.

Penglibatan DDJK dan DYTL dalam MySabah akan dipandang Sabahan sebagai;

1. Kedua dua tokoh ini perguna semua saluran demi hak Sabah, dan bukannya berpolitik semata mata.

2. Berkat usaha DDJK dan DYTL, Sabahan terbuka minda.

3. Gara-gara DDJK dan DYTL dituduh agen BN hanya sebab terlibat dengan MySabah, Sabahan makin tertarik dan buka minda tentang isu hak Sabah.

4. Dengan melabel DDJK dan DYTL sebagai agen BN hanya sebab berada dalam MySabah, mencerminkan si penuduh itu sanggup menfitnah demi kepentingan politik.

5. Pemimpin yang terlalu bermain politik akan dianggap Sabahan sebagai gila kuasa, mengejar kepentingan diri dan kedudukan semata mata.

Alangkah baik jika semua pemimpin Sabah bergabung satu suara dalam menuntut dilaksana semua hak kita dalam Malaysia.

Sebaliknya rakan pembangkang lain usaha pula untuk matikan tuntutan perjuangan ini dengan cara tabur fitnah.

Ini zaman internet.

Semua fitnah, mudah dijawab, yang akhirnya memalukan dan menunjukkan rendahnya moral si pencipta fitnah murahan, demi modal politik.

Jalibin Paidi,
Ketua Bahagian STAR Karanaan.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.