Saya ingin memberikan pandangan peribadi terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden parti cinta Sabah iaitu Datuk Wilfred Bumburing yang telah disiarkan didalam akhbar tempatan.

Didalam kenyataannya sebelum ini, Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan menjadi mangsa fitnah yang jahat olehnya atas dakwaan sebagai 'bn-friendly'. Kini beliau telah menuduh pula secara jahat tentang penglibatan Presiden Sabah Progressive Party (SAPP) iaitu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee didalam program yang dianjurkan oleh Datuk Anifah Aman sebagai bukti kepada ketidakjujuran untuk menumbangkan barisan nasional di negara Sabah. Datuk Wilfred juga mendakwa bahawa SAPP sedang berlakon untuk memperdayakan rakyat negara Sabah bersama-sama dengan parti-parti komponen didalam Gabungan Sabah.

Selebihnya, beliau sedang 'mengipas-ngipas' atau pun 'mempromosikan' diri dan partinya, kononnya pcs 'sahajalah' parti yang terbaik 'sekali' di negara Sabah (sungguh jauh daripada realiti).

Melihat kepada perkara ini, terdapat salah faham yang jelas sekali berlaku dan ingin saya berikan pencerahan berdasarkan kepada informasi berfakta dan yang terkini diperolehi.

Program Forum yang dianjurkan oleh Datuk Anifah Aman di UMS dengan tema Malaysia Agreement 1963 & Sabah Rights pada 7 Mac 2015 dan 20 Mei 2015 adalah merupakan tindakan susulan yang diambil oleh beliau selepas pihak kerajaan negara Sabah dibawah kepimpinan barisan nasional yang diketuai oleh musa aman selaku presiden umno Sabah menolak bulat-bulat gesaan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk mengkaji dan menuntut pengembalian hak 40% hasil cukai yang harus dikembalikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negara Sabah kerana ia sudah termaktub didalam perlembagaan malaysia ketika sidang DUN Sabah berlangsung pada 15 April 2014. Pada 15 Julai 2015 iaitu dua bulan selepas berakhirnya program Forum Malaysia Agreement 1963 & Sabah Rights di UMS, Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan bersama dengan pemimpin yang lain telah menghantar memorandum hasil daripada perbincangan yang diperolehi dikalangan pemimpin-pemimpin yang 'open minded', yang berlainan ideologi namun dilakukan atas kapasiti sebagai rakyat Sabah, kepada kerajaan persekutuan malaysia yang dipimpin oleh najib selaku perdana menteri malaysia. 

MySabah sebenarnya hanyalah merupakan kumpulan didalam WhatSapp yang diwujudkan oleh En.Amde Sidik pada 19 Februari 2016 dan ia adalah bertujuan untuk mengumpul pemimpin-pemimpin negara Sabah yang ikhlas berjuang demi negara Sabah tanpa mengira fahaman ideologi politik, atas kapasiti sebagai Sabah for Sabahan, berbincang dan merancang strategi tentang bagaimana hak-hak negara Sabah dapat dikembalikan.

Gabungan Sabah dibentuk pada 15 November 2016 dan dilancarkan di Dewan Hakka pada 20 November 2016. Jawatankuasa Komiti Mengkaji Hak-hak Sabah (Sabah Rights Review Committee) yang dipengerusikan oleh Teo Chee Kang dibentuk pada 26 Januari 2017 dan pada 28 April 2017, pcs meninggalkan Gabungan Sabah dan pada masa yang sama telah menyerang STAR (serta Gabungan Sabah) atas alasan yang bodoh belaka sekali yang akan diterangkan sebentar lagi. Pada 6 Mei 2017, SAPP pula telah menjadi mangsa serangan pcs melalui tafsiran dan kefahaman bodoh dibawah kepimpinan Datuk Wilfred Bumburing.

Saya melihat terdapat unsur 'keterdesakan' pcs untuk meraih sokongan daripada para pengundi melalui penyebaran dakwaan fitnah yang tidak berasas ini atau boleh dikatakan juga sebagai dakwaan bodoh, dan tidak juga salah untuk dikatakan bahawa wujud unsur-unsur sampingan seperti ingin meraih 'simpati' dan meminta 'kesian' melalui publisiti murahan yang bermodelkan 'prasangka' mengikut kefahaman dan pengertian yang sungguh sempit sekali.

Imej dan prestasi pcs yang boleh dikatakan 'baik' sebelum ini ketika berada didalam Gabungan Sabah telah tercalar, terkoyak-rabak dan jatuh tersungkur ke lembah curam secara drastik sekali ekoran daripada tindakan dan perbuatan mereka sendiri yang telah berpaling tadah terhadap komitmen dan deklarasi yang telah dimetrai didalam Gabungan Sabah. Walau pun tindakan mereka ini merupakan hak mutlak yang perlu dihormati oleh semua pihak namun nilai 'bertanggungjawab' dan 'berintegriti' itu telah dikuburkan oleh mereka atas justifikasi yang songsang, tidak berasas dan penuh dengan kepalsuan serta penipuan.

Dimata pandangan mereka (pcs), itu adalah satu tindakan (keluar daripada Gabungan Sabah) yang bermaruah seperti seorang 'perwira sejati' namun hakikatnya dimata khalayak umum khususnya pejuang-pejuang kebangsaan negara Sabah yang mendukung ideologi perjuangan Gabungan Sabah yang telah menjadi teras dan tunjang disetiap sanubari melihat dengan sungguh jelas sekali bahawa perbuatan dan tindakan yang diambil oleh pcs itu sebagai satu 'pengkhianatan, kebodohan' malah kelihatan juga wujud faktor 'mementingkan diri-sendiri' untuk membolot kesemua kerusi yang ternyata impian itu sungguh berada diluar kemampuan parti mereka ini. 

Menteri Persekutuan yang memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negara (Foreign Ministry) iaitu Datuk Anifah Aman telah membuat kenyataan rasmi untuk menangkis cubaan pcs yang ingin memburuk-burukkan imej penubuhan dan objektif perjuangan MySabah yang terhasil daripada inisiatifnya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan setelah menganjurkan Forum di UMS pada tahun 2015. MySabah yang merupakan kumpulan didalam WhatSapp telah mengambil tindakan yang realiti hasil daripada perbincangan sihat untuk merealisasikan apa yang sepatutnya diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin bangsa negara Sabah tanpa mengira fahaman ideologi politik dan dua daripada pemimpin itu adalah daripada Gabungan Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Didalam kenyataannya itu, beliau (Anifah) menjelaskan bahawa keahlian MySabah adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai mentaliti yang asli (genuine like-minded) didalam memperjuangkan hak-hak bangsa negara Sabah tanpa mengira fahaman ideologi politik. 

Perjuangan MySabah itu bukan dilakukan atas dasar kapasiti yang mewakili parti-parti politik tetapi adalah atas dasar perjuangan sebagai bangsa negara Sabah yang menuntut hak-haknya untuk dikembalikan dan ia memfokuskan lebih kepada pengembalian 40% hasil cukai yang mesti dikembalikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negara Sabah hasil daripada jumlah cukai yang telah diambil oleh mereka (kerajaan persekutuan) setiap tahun. Kenyataan ini juga sebenarnya adalah satu tamparan kuat kepada Datuk Wilfred Bumburing kerana tidak tersenarai sebagai salah seorang pemimpin yang mempunyai 'mentaliti yang asli'.

Justifikasi Datuk Anifah Aman sungguh jelas sekali bahawa perjuangan untuk membawa isu ini oleh kerajaan negara Sabah akan membuatkan barisan nasional Sabah mungkin akan 'terjejas' kerana isu ini adalah sesuatu yang terlalu 'berat' untuk dilakukan oleh mereka untuk disampaikan kepada kerajaan persekutuan, yang seterusnya juga akan sampai (jikalau dilakukan oleh kerajaan negara Sabah) kepada perdana menteri malaysia iaitu najib. 

Melalui penjelasan ini, kelihatan terang lagi bersuluh bahawa kerajaan negara Sabah dibawah kepimpinan barisan nasional tidak sanggup memikul tanggungjawab untuk memperjuangkan hak-hak bangsa negara Sabah sebaliknya berusaha untuk mengelak. Ini menjadi satu alasan yang sangat kuat tentang mengapa keberadaan atau kewujudan barisan nasional di negara Sabah sangat-sangat  TIDAK RELEVEN DAN TIDAK DIPERLUKAN SAMA SEKALI LAGI.

Oleh sebab itu, beliau telah membantu untuk 'mengatur pertemuan' secara rasmi dengan perdana menteri sebagai laluan alternatif untuk menyampaikan tuntutan hak negara Sabah kepada kerajaan persekutuan khasnya untuk perhatian perdana menteri tanpa menjejaskan mana-mana pihak. Jikalau pun perkara ini akan menjejaskan kedudukan seseorang, ia tidak lain dan tidak bukan adalah hanya beliau seorang diri sahaja. Persoalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah perjuangan ini satu pengorbanan atau satu tanggungjawab? 

Datuk Anifah Aman juga dengan jelas sudah mengatakan bahawa beliau 'hanya' membantu untuk mengaturkan perjumpaan untuk pemimpin-pemimpin negara Sabah yang berjiwa 'telus dan ikhlas' tanpa ada sebarang agenda tersembunyi. Selebihnya, pemimpin-pemimpin inilah yang akan berbincang sendiri secara professional dan matang dengan kerajaan persekutuan dan perbincangan ini diketuai oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan sendiri atas kapasiti sebagai pemimpin negara Sabah.

Terdapat keikhlasan didalam perjuangan ini apabila Datuk Anifah mengatakan bahawa peluang seperti ini tidak akan sesekali diperolehi dan ia mesti dilakukan dengan segera sementara beliau mempunyai saluran terus kepada perdana menteri atas kapasitinya sebagai Menteri Penuh kerajaan persekutuan.
Perjuangan MySabah hanya wujud selepas memorandum itu dihantar, juga dilakukan atas kapasiti sebagai perjuangan rakyat negara Sabah untuk Sabahan dan ia tidak sesekali berdasarkan kepada kerjasama yang mewakili mana-mana parti politik sepertimana yang didakwa secara jahat dan negatif oleh presiden pcs, Wilfred Bumburing.

Saya secara peribadi melihat keadaan ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa kerana setelah melihat kesanggupan beliau sebagai seorang ahli umno didalam barisan nasional ini, ia secara jelas telah melanggar peraturan dan etika. Beliau juga seharusnya dan wajar diambil tindakan disiplin kerana tidak memperjuangkan perkara itu melalui saluran partinya sendiri sebaliknya bergerak bersendirian bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin negara Sabah yang tidak sehaluan dengan fahaman ideologinya. 
Namun disini parti beliau itu (umno) tidak mampu berbuat apa-apa atau pun mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadapnya kerana apa yang diperjuangkan itu sememangnya adalah benar dan sungguh diperlukan untuk disampaikan kepada kerajaan persekutuan agar diberikan perhatian oleh perdana menteri untuk tindakan segera. 

Hasil daripada usaha ini, keadaan telah 'memaksa' kerajaan negara Sabah untuk menubuhkan Sabah Rights Review Committee (SRRC) yang dipengerusikan oleh Teo Chee Kang bagi mengkaji akan perkara 40% pengembalian cukai bersama-sama dengan hak-hak negara Sabah yang lain untuk diberikan kepada kerajaan persekutuan khasnya untuk perhatian perdana menteri. 
Tindakan sama yang diambil oleh pihak kerajaan negara Sabah ini dilakukan hanya selepas pemimpin-pemimpin negara Sabah atas kapasiti sebagai rakyat dan pemimpin negara Sabah yang diketuai oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berjaya mencapai objektinya dalam menyampaikan memorandum tentang bagaimana perlaksanaan 40% hasil cukai dapat dikembalikan kepada kerajaan negara Sabah kepada perdana menteri selaku pemimpin tertinggi didalam kerajaan persekutuan. 

Jikalau dilihat dari kaca mata pandangan rakyat dan pembangkang, tindakan kerajaan negara Sabah dibawah kepimpinan barisan nasional ini boleh ditafsirkan hanya sekadar satu 'lakonan' untuk menutup malu kerana kebodohan mereka yang telah menafikan kepentingan untuk perkara ini diberikan perhatian di dalam sidang DUN Sabah yang lalu. 

Jikalau benar kerajaan negara Sabah ikhlas untuk memperjuangkan perkara ini yang melibatkan isu tuntutan 40% hasil cukai berserta dengan hak-hak negara Sabah yang lain, ia mesti dilakukan secara rasmi didalam Dewan Undangan Negara Sabah agar segala perbincangan rasmi ini direkodkan didalam Hansard DUN. Perbincangan ini adalah penting untuk dijadikan rujukan rasmi kepada kepimpinan generasi muda negara Sabah akan datang, yang akan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negara Sabah ini nanti agar mereka boleh melihat rentetan sejarah perjuangan kepimpinan generasi yang terdahulu.

Saya tidak nafikan bahawa terdapat banyak kelemahan yang sungguh jelas sekali yang dapat dilihat didalam perjuangan MySabah. Saya juga mengakui kebenaran kata-kata Datuk Wilfred Bumburing bahawa MySabah tidak mempunyai 'locus standi' untuk membawa isu itu dengan betul kerana isu dan hak yang dibawakan itu sebenarnya adalah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul dan dilakukan oleh kerajaan negara Sabah. Seperti yang saya katakan diatas ini, mana-mana isu yang berhubung kait dengan hak-hak negara Sabah, ia 'mesti' dilakukan oleh kerajaan negara Sabah secara rasmi melalui mandat ataupun keizinan yang diperolehi daripada Dewan Undangan Negara Sabah (DUN) agar tuntutan hak itu mempunyai 'kuasa rasmi' untuk mendesak kerajaan persekutuan untuk 'menunaikan' tuntutan kerajaan negara Sabah.

Walau bagaimanapun, kita sendiri sudah melihat dan menyaksikan dengan sungguh jelas sekali dan nyata bersuluh dalam video yang disiarkan didalam youtube (Perdebatan Datuk Dr.Jeffrey di DUN Sabah: Rahsia bn umno Sabah TERBONGKAR) tentang bagaimana tindakan dan reaksi 'monyet-monyet' daripada umno, ldp, pbs yang berada didalam barisan nasional ketika isu hak 40% tuntutan hasil cukai yang mesti dilakukan oleh kerajaan negara Sabah ini, yang telah dibangkitkan oleh Pejuang Kebangsaan Negara Sabah iaitu Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan telah mendapat hentaman negatif yang bertubi-tubi sepanjang tempoh ucapannya itu didalam Dewan Undangan Negara Sabah. Tindakan 'monyet-monyet' ini secara tidak langsung telah menutup peluang untuk isu ini untuk diperdebatkan secara sihat agar diangkat sebagai salah satu agenda perjuangan utama kerajaan negara Sabah. Saya yakin Datuk Wilfred Bumburing juga ada berada didalam Dewan Undangan Negara Sabah pada ketika itu sambil memberikan bantuan kepada beliau (Dr.Jeffrey) untuk menangkis serangan hujah 'bodoh' pemimpin-pemimpin barisan nasional.

Melihat kepada kegagalan untuk menggesa kerajaan negara Sabah untuk membawakan isu ini telah mendapat perhatian serius oleh Datuk Anifah Aman dan atas sebab itulah mengapa Forum di UMS dan MySabah ini diwujudkan dan dilaksanakan agar apa yang diperjuangkan oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, Datuk Yong Teck Lee bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin negara Sabah yang lain dapat tercapai kerana jikalau ia tercapai, manfaatnya adalah sungguh besar sekali untuk semua rakyat di bumi negara Sabah ini.

Saya juga sangat-sangat tidak menafikan akan kesangsian tentang 'ketelusan serta keikhlasan' kerajaan persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pengembalian hak-hak negara Sabah ini. Sama ada tindakan tuntutan itu dilakukan oleh kerajaan negara Sabah atau NGO atau persendirian, kesangsian itu tetap akan timbul setelah melihat rekod prestasi dan komitmen kerajaan persekutuan yang dipenuhi dengan janji-janji palsu sejak dahulu lagi.

Walau bagaimanapun, tindakan yang diambil oleh dua pemimpin negara Sabah ini iaitu Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan wajar diberikan pengiktirafan kerana mereka telah menunjukkan komitmen yang penuh selari dengan kata-kata 'walk the talk' untuk 'bertindak' dalam melaksanakan perkara yang telah dibangkitkan oleh mereka didalam perjuangan parti-parti mereka yang kini telah bersatu dan berpadu didalam Kesatuan yang dipanggil Gabungan Sabah. Jikalau dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang lain hanya 'no action talk only' (mohon terasa).

Kegagalan untuk mendapatkan tuntutan hak 40% hasil cukai yang perlu dikembalikan kepada kerajaan negara Sabah adalah kegagalan pihak persekutuan dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Kegagalan ini juga secara langsung berpunca daripada kerajaan negara Sabah melalui kepimpinan musa aman selaku ketua menteri Sabah kerana tidak memikul tanggungjawab ini dengan sepenuhnya. Jelas kelihatan sekali tindakan musa aman untuk tidak memberikan ruang untuk isu ini diperdebatkan didalam DUN negara Sabah kerana keengganannya untuk membawakan isu ini secara rasmi kepada kerajaan persekutuan.

Kesan daripada kebodohan musa aman inilah  yang menjadi teras kekuatan kepada ideologi perjuangan bangsa negara Sabah melalui Gabungan Sabah bahawa selagi pentadbiran kerajaan negara Sabah didominasi atau dikuasai oleh parti-parti malaya, adalah sangat mustahil untuk kerajaan negara Sabah untuk menuntut sepenuhnya hak mereka. Kekuatan desakan dan tekanan politik yang dilakukan oleh parti-parti tempatan adalah sangat jauh berbeza berbanding dengan desakan politik yang dikuasai oleh parti-parti campuran (parti tempatan dan malaya) seperti mana yang dipraktiskan didalam barisan nasional yang juga ingin dilakukan oleh pcs melalui penjenamaan semula dengan nama Sabah Grand Opposition Alliance.

Ini kerana tujuan parti-parti malaya melebarkan ideologi politik mereka di negara Sabah adalah untuk merampas hak-hak negara Sabah melalui kuasa politik. Maka adalah terlalu sukar untuk mereka melepaskan sesuatu yang sememangnya ingin dirampas oleh mereka selagi ada kemampuan. Atas sebab itulah melalui kuasa politik jugalah bangsa negara Sabah MESTI BERSATU untuk mendapatkan hak-hak mereka melalui saluran demokrasi yang selari dengan sistem perundangan didalam perlembagaan negara Sabah dan malaysia (sebenarnya adalah malaya).

Kesimpulannya, parti pcs adalah terdiri daripada golongan kepimpinan yang tidak boleh dipercayai kerana tidak mempunyai kredibiliti, integriti, kejujuran, penting diri-sendiri, hipokrit (berpura-pura) dan sungguh berfikiran sempit dalam melihat sesuatu isu apalagi didalam perjuangan mereka. Ini dibuktikan sendiri dengan sungguh jelas sekali melalui tindakan mereka untuk keluar Gabungan Sabah atas justifikasi yang rapuh dan bodoh. Namun keputusan itu tetap dihormati. 

Kefahaman dan pandangan yang diutarakan tentang seseuatu hal tidak meliputi konteks yang matang, adil dan luas dalam membantu usaha rakyat untuk memahaminya sebaliknya ingin memaksa rakyat melihatnya dalam sudut pandangan yang kecil selari dengan niat mereka untuk memperbodohkan rakyat negara Sabah seperti mana usaha mereka untuk menabur fitnah kepada parti SAPP, yang secara langsung berniat untuk mencalarkan imej perjuangan Gabungan Sabah. 

Akhir kata, menyokong kepimpinan yang ada didalam parti pcs adalah hak individu khususnya penyokong tegar pcs tetapi membiarkan diri diperbodohkan malah diperalatkan oleh kepimpinan parti adalah sesuatu perkara yang perlu dipertimbangkan dengan akal yang waras, sihat dan matang.


Rujukan pos saya yang lalu:



Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.