Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang kini jelas semakin diterima oleh Masyarakat Sabah lebih-lebih lagi golongan anak muda (Pengundi Muda) dan Pengundi Atas Pagar di pentas politik negeri sabah adalah wadah yang serasi dengan keperluan masa depan masyarakat di negeri ini.

Perkara ini perlulah dibuktikan oleh semua ahli parti di mana saja kita berada.

Dari segi pra sarana semua gerak kerja akan berasaskan teknologi terkini manakala cara kita berkempen dan menghadapi mesyarakat perlu dengan penuh berhemah, berdedikasi dan tidak beremosi,” agar kita lebih mengetahui isi hati masyarakat kita khususnya golongan anak muda mahupun yang tua dan mereka yang berada di pedalaman.

ahli-ahli parti Harapan Rakyat walaupun ada yang masih baru bersama Harapan Rakyat kebanyakan mereka sebenarnya pemain-pemain profesional dalam gerakan parti apatah lagi dalam menjelangnya pilihanraya bila-bila masa sahaja.

Pilihan raya umum akan datang (PRU 14) dimana kita akan menyaksikan pertembungan taktikal dan strategi.

“Banyak perubahan akan berlaku dan pergantungan kepada gajet baru dan input komunikasi yang lebih canggih.

Akses kepada ceramah sebagai contoh, dengan aplikasi siaran lansung (live streaming) yang mudah hanya menggunakan telefon bimbit sekarang, pendengar sebenar boleh diperluas berganda-ganda berbanding sekadar mereka yang hadir, ciri pertembungan masa depan juga adalah perlawanan adalah bergantung sepenuhnya kepada hujah dan kekuatan ilmu serta mateliti dan kebijaksanaan kita.

Zaman guna sikut lutut dan sumpah seranah telah berlalu dan Sebab itu ahli Harapan Rakyat perlu siapkan diri bagi bergerak dalam medan pertembungan masa depan.

Dato Irwan Shah Abdullah
Parti Harapan Sabah
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.