Sabtu, 27hb May 2017

Pekan Nabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus mendapat sambutan hangat dari penduduk Kiulu dengan kemasukan beramai-ramai bekas penyokong PBS, UPKO, PKR dan PCS semasa  Majlis pelancaran jentera pilihraya STAR gabungan 5 pusat daerah mengundi DUN Kiulu iaitu Bongol, Taginambur, Simpangan, Tomis dan Tiong Simpodon. Acara pelancaran telah dirasmikan oleh Presiden Parti, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, merangkap ADUN Bingkor, bertempat di Pekan Nabalu pada 25hb. Mei lalu.

Ketua Bahagian Star Kiulu, Terence Sinti, yang juga Naib-Presiden Party, berkata walaupun ini hanya merupakan pelancaran Jentera Pilihanraya kali kedua diadakan selepas pelancaran pertama dilakukan pada 4hb. April 2017 di Kg. Pukak, Kiulu, jentera pilihanraya Kiulu telah bermula bergerak sejak 2013.

Menurut beliau, STAR terus mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk Kiulu apabila ramai yang telah mengisi and menyerah borang keahlian dan secara sukarela menyertai jentera pilihraya untuk parti Star.

“Saya yakin dengan sambutan dan sokongan yang semakin bertambah kepada STAR dan Gabungan Sabah, kita bersedia untuk menghadapi PRU-14 jika ianya diadakan pada bila bila masa sahaja” ujar Terence.

Beliau juga berkata bahawa “Rakyat hari ini lebih percaya dan yakin kepada parti-parti tempatan dan memberikan sokongan penuh kepada parti-parti dalam Gabungan Sabah yang lebih ikhlas dan benar-benar berjuang untuk rakyat Sabah demi menuntut pengembalian autonomi dan Hak Sabah kepada Sabah”.

Sabahan kini sudah bermula sedar akan perjuangan ikhlas Dr.Jeffrey yang dibawa oleh STAR dan Gabungan Sabah demi menafat dan kebaikan semua rakyat Sabah. Oleh yang demikian, sokongan kian bertambah untuk STAR dan Gabungan Sabah dan penolakan Umno-BN dan parti-parti pembangkang yang lain.

Beliau juga menolak sepenuhnya fitnah dan tomahan dari parti pembangkang lain bahawa Parti STAR dan Dr.Jeffery adalah Agen BN atau mesra-BN. ini merupakan satu fitnah semata-mata ditujukan khas kepada STAR dan Dr. Jeffery, yang dinampak benar-benar berjuang untuk Hak Sabah, untuk menolak mereka dan menggagalkan pengembalian autonomi dan Hak Sabah.  

Mereka ini tidak mempunyai modal politik yang lain dan merupakan pengkhianat kepada Sabah dan sanggup mengorbankan Sabah dikekalkan sebagai Negeri ke-12 dalam Malaya dan mengeksploitasi kekayaan dan sumber-sumber asli Sabah. Dengan secara memburuk-burukkan dan mensasarkan STAR dan Gabungan Sabah sebagai jahat, mereka hanya merupakan proxi dan kerbau mengangkat Agenda Malaya. Mereka lebih rela melihat Sabah kekal dikuasai oleh Malaya dan tidak ikhlas berjuang demi Sabah dan masa depan yang lebih cerah untuk semua Sabahan.

Sepatutnya, mereka seharusnya sedar bahawa perjuangan yang diangkat oleh Parti STAR ini sudah lama diperjuangkan oleh Dr.Jeffrey sejak 30 tahun yang lalu lagi berbanding beberapa pemimpin pembangkang lain yang hanya bersuara tentang autonomi dan Hak Sabah apabila mereka dibuang atau hilang jawatan dalam kerajaan. Dimana letaknya suara-suara pemimpin-pemimpin ini semasa mereka berada dalam kerajaan?

Terence Sinti
Naib-President merangkap Ketua Bahagian Kiulu
Parti Solidariti Tanah Airku
27 May 2017
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.