PCS mendakwa merekalah pejuang Hak Sabah yang sebenarnya. Setahu saya dari tarikh tubuhnya PCS hingga ke hari ini, tiada satupun tindakan PCS secara nyata dilihat dalam membela hak Sabah. Kecuali ada sekali dua saya terbaca tentang penghantaran bantuan, yang saya kurang ingat dimana. Kenapa saya kurang ingat, kerana tiada kesannya langsung.

PCS kini menjadi penyambung hayat BN dan Warisan untuk menjatuhkan Pengaruh Gabungan Sabah. Percubaan bersungguh-sungguh ini hanyalah ulang tayang drama korea yang berulang-ulang.

MySabah sajalah bahan utama percakapan mereka, hatta semakin ramai jelata yang terus mempercayai bahawa apabila berjuang, tidak kira apa keadaannya, perjuangan itu bukan untuk kepentingan politik peribadi tetapi semata-mata untuk rakyat.

Saya membaca tulisan Ketua Ikatan Muda PCS bekas rakan semeja saya dalam Gabungan Muda Sabah. Kesungguhan memberikan jawapan dan hujahnya tidak lebih daripada cuba memaafkan diri sendiri atas tindakan bodoh dan tidak bermoral PCS keluar dari Gabungan. Menamakan STAR dan SAPP berkerjasama dengan UMNO merupakan tuduhan tidak berasas sama sekali.

Dengan menamakan Datuk Hj Mohd Noor Mansor, DDJK dan YTL mempunyai hubungan baik dengan Anifah, Hasmin sebenarnya terikut rentak dan budaya UMNO, corak politik kebelakang, budaya yang tidak disukai oleh Sabahan, pendek akal, kebudak-budakan dan kerasukan.

Hubungan baik? Apakah politik hari ini membataskan pergaulan para cendikiawan, sejarahwan??? Saya bertanya kepada Hasmin, dia berkumpul dalam acara penulisan di Membakut, acara anjuran Kerajaan, bagaimana dia mau menyelitkan, "oh ini genre penulisan" walhal dia menyertai acara kerajaan untuk mengangkat namanya sendiri yang tidaklah seberapa.

Bagaimana dia mau menggambarkan suasana kekeluargaannya dan bergambar bersama YB Mohamad Alamin, adakah kita mau berkata "kau ada hubungan baik dengan UMNO" lalu mungkin dia bakal jawap "oh itu keluarga". Persoalannya seorang pemimpin pembangkang dilihat bersama pemimpin parti UMNO. Bukankah ini juga yang digambarkan oleh PCS, Warisan? Apa bezanya? Malah Lim Guan Eng juga dilihat berpelukan begitu mesra dengan Zahid Hamidi. Bagaimana anda mentafsirkannya?

Jelasnya tuduhan Hasmin tidak lebih kepada tuduhan melulu dan memang agak memalukan bagi seorang yang saya anggap berakal selama ini.

Kini dia beralih keoada serangan peribadi kepada Pemimpin GS. Hanya ada satu sebab, tiada modal lain.

DDJK dan YTL, mahupun STAR & SAPP, tidak pernah ingkar pada saranan rakyat untuk terus berjuang meskipun dalam kedudukan payah. Sanggup dikecam kerana penglibatan mereka dalam MySabah. PCS lupa MySabah bukan badan berdaftar, bukan kelab, bukan persatuan, tapi hanyalah WHATSAPP GROUP. Hari ini juga saya boleh buat whatsapp yang lain bagi menggumpul cendikiawan, ahli pemikir, pakar dalam bidang undang2, economist, aktivis dan sebagainya. Yang mana PCS tidak ada kebolehan sedemikian, melainkan politik sentimen dan mau mencapai kejayaan singkat.

Saya menggambarkan hari ini PCS sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri atas ketidak mampuan kepimpinan mereka menterjemah maksud perjuangan sebenar.

Selama 2 tahun berada dalam Gabungan, saya fikir kami sudah sedia maklum, tabiat dan sikap buruk serta berdolak dalih kepimpinan PCS sendiri, terlalu berhati-hati sehingga tidak kelihatan kelibat mereka berjuang di luar sana, sebaliknya memusatkan kegiatan di media masa sahaja.

Saya merasakan, pengunduran PCS adalah satu rahmat bagi Gabungan Sabah, kerana tidak perlu lagi ada pemimpin yang hanya tahu bercakap, tahu menulis sudahnya tahu merajuk. Ini satu keselesaan dan suasana lebih baik dari sebelumnya.

Apabila menjadi anggota Gabungan Sabah, yang paling penting dan utama ialah PERPADUAN, KOMITMEN, KREDIBILITI, DISIPLIN, KHIDMAT DAN KETABAHAN, barulah Gabungan boleh maju ke depan. Ini tidak dimiliki oleh PCS. Presidennya sendiri gagal membawa suara AMT dan ahli PCS ke meja mesyuarat. Kurang peka istilah keluarga, malah AMTnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak selaras dengan suara majoriti dalam Gabungan.

Meskipun saya rasa kehilangan beberapa sahabat yang masih dalam PCS, tetapi saya tidak rasa PCS mempunyai keupayaan untuk berjalan jauh, kerana tabiat buruk pemimpinnya sendiri.

Sekian dan terima kasih

TJ
GEMA SABAH
10.05.2017
Lawas, Sarawak.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.