Kota Marudu: Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili dilihat seolah-olah bagaikan 'cacing kepanasan' apabila dengan pantas beliau memberi respon terhadap satu program Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) yang diketuai oleh Datuk Maijol Mahap di Kg. Sungoi Darat, Kota Marudu baru-baru ini.

Tanpa menunggu lama Maximus bergegas ke Kg. Sungoi Laut untuk membuat satu perjumpaan di sana dan seterusnya membuat kenyataan di media cetak dengan mengingatkan orang ramai supaya 'Jangan Membeli Ubat Daripada Pembangkang'.

Kenyataan Maximus ini sebenarnya adalah satu pengakuan ikhlas daripada beliau bahawa beliau ini adalah pembawa penyakit di Kota Marudu ini sehinggalah masyarakat di sini mencari alternatif lain untuk mencari penawar daripada penyakit yang dibawa oleh ahli parlimen itu ke Kota Marudu.

"Setelah lima penggal sebagai ahli parlimen Kota Marudu, dua penggal ADUN Tandek dan satu penggal ADUN Langkon, Maximus nampaknya merayu kepada seluruh rakyat di Kota Marudu untuk terus menyokong supaya penyakit yang beliau cipta ini dapat diubati oleh beliau sendiri. Hakikatnya, masalah-masalah seperti tanah NCR yang diambil alih oleh syarikat-syarikat besar dan kemudahan infrastruktur yang sudah sekian lama menjadi keluhan oleh masyarakat disini semakin kritikal dan bukannya dapat diselesaikan" kata Jovilis.

Mengenai tanggapan Maximus bahawa pemimpin pembangkang ini adalah ahli politik bermusim, jovilis berkata kenyataan Maximus itu adalah tidak benar kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudah lama keluar masuk kampung untuk mendekati rakyat.

"Contohnya Datuk Maijol Mahap, sebaik sahaja beliau kalah dengan penuh kontroversi pada PRU13 belau tidak berehat tetapi terus keluar masuk kampung untuk mendengar keluhan rakyat disamping membantu setakat yang termampu".

Hakikatnya Maximuslah yang sebenarnya ahli politik bermusim kerana ketika PRU14 dikatakan semakin hampir barulah kelibat beliau kelihatan di Kota Marudu. Seperti PRU-PRU yang lalu apabila menjelangnya pilihanraya barulah ahli parlimen ini rajin menjenguk kampung sambil menabur janji tetapi selepas sahaja memenangi pilihanraya beliau lesap bersama janjinya.

Contohnya di Kg. Sungoi Darat, Kg. Nalapak dan Kg. Sungoi Laut itu sendiri beliau pernah berjanji untuk menyelasaikan masalah tanah yang diceroboi oleh syarikat agensi kerajaan tetapi sampai sekarang masalah itu masih lagi tidak dapat diselesaikan. Mungkinkah kedatangan Maximus ke Kg. Sungoi Laut pada 23 Jun 2017 sekali lagi untuk menabur janji?

Mengulas lanjut kenyataan Maximus bahawa pembangkang tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan mereka, Timb. 2 Gabungan Muda Sabah (GEMA) itu berkata semua orang tahu bahawa ahli parlimen kerajaan seperti Maximus ini sememangnya mendapat berjuta-juta peruntukan daripada kerajaan pusat pada setiap tahun. Tambahan pula beliau merupakan menteri penuh persekutuan sejak sekian lama. Namun jangan lupa, duit yang beliau gunakan adalah duit rakyat. Sesiapa sahaja yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan juga akan menggunakan duit yang sama. Ini sangat berbeza dengan pembangkang kerana menggunakan dana sendiri untuk melakukan sebarang program.

Jovilis menambah sebenarnya Dr. Maximus gagal untuk membela rakyat di Kota Marudu ini setelah diberi peluang yang agak lama untuk menjadi wakil mereka. Jawatan yang dipegangnya sebagai menteri penuh dipusat tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat Kota Marudu yang berusaha mengangkat beliau sebagai Yang Berhormat sejak sekian lama. Buktinya Kota Marudu masih lagi tergolong sebagai daerah yang paling miskin di Malaysia.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.