1. Hasrat kerajaan persekutuan untuk terus melaksanakan cadangan penutupan IPG Keningau dan Gaya sebagai 'Keras Kepala' kerana tidak mahu mendengar rintihan rakyat Sabah yang disampaikan secara baik sebelum ini.

2. Belum pun selesai isu Pembantu Guru N17 yang diberhentikan pada penghujung tahun 2013 selepas dilantik pada tahun yang sama, dunia pendidikan Sabah sekali lagi dikejutkan dengan hasrat mereka untuk menggantikan Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan orang Semananjung Malaysia sedangkan masih ramai anak Sabah yang layak memegang jawatan tersebut. Dan hari ini kerajaan persekutuan sekali lagi meneruskan kerja gila mereka dengan melaksanakan cadangan mereka sebelum ini untuk menutup dua institut perguruan walaupun cadangan ini dibantah sekeras-kerasnya oleh sebahagian besar rakyat Sabah.

3. Alasan Kementerian Pendidikan bahawa IPG ini "tidak berkesan daripada segi kos" langsung tidak masuk akal kerana sumbangan IPG ini tidak terkira banyak kepada masyarakat Sabah khususnya bagi melahirkan warga guru untuk mendidik anak-anak Sabah sejak ianya ditubuhkan.

4. Selain itu, kewujudan IPG ini juga dapat mengurangkan kebergantungan Sabah kepada guru-guru dari Semananjung Malaysia selaras dengan janji Perdana Menteri untuk memastikan 90% tenaga pengajar di Sabah adalah anak watan Sabah. Namun, tindakan persekutuan menutup IPG ini seolah-olah berniat untuk melihat Sabah terus ketinggalan dalam arus pendidikan supaya mereka boleh memperhambakan rakyat Sabah selama-lamanya ataupun selepas ini persekutuan Malaysia boleh menggunakan alasan bahawa Sabah ini kekurangan guru terlatih agar mereka boleh mengeksport guru-guru dari Semananjung Malaysia untuk mengisi kekosongan itu.

5. Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh persekutuan kini seoalah-olah menganggap kita sebagai tanah jajahan mereka yang boleh diperbuat sesuka hati. Mereka lupa bahawa pembentuakan Malaysia adalah berlandaskan kepada jaminan Beorneonisasi yang ada disebut dalam Perjanjian Malaysia, ICG Report dan juga dalam Perkara 20.

6. Kita juga tertanya-tanya apakah yang bakal akan terjadi kepada pelatih-pelatih yang sedang menuntut ketika ini. Dimanakah tempat mereka untuk menghabiskan pengajian mereka. Begitu juga dengan nasib beratus-ratus kakitangan di kedua-dua IPG ini, adakah mereka ini terus diberhentikan ataupun bagaimana. Setakat ini kita tidak diberi penjelasan terperinci akan perancangan kerajaan terhadap nasib kedua-dua golongan ini.

7. Sekiranaya Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) dan Gabungan Sabah (GS) akan menang dan memerintah, pergerakan pemuda akan mengesyorkan kepada kerajaan baru supaya Sabah mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri tanpa mengharapkan sestem pendidikan persekutuan yang banyak merugikan rakyat Sabah. Ini kerana sistem pendidikan yang direka oleh persekutuan ketika ini banyak memihak kepada mereka sama ada dari segi pelaksanaannya mahupun dari segi isi kandungan pembelajaran itu sendiri.

8. Pergerakan pemuda juga akan meminta kepada kerajaan baru supaya memasukkan Perjanjian Malaysia 1963, ICG Report dan Perkara 20 sebagai silibus utama di dalam sistem pembelajaran kerana ianya adalah asas dalam pembentukan Malaysia. Ini kerana rakyat Sabah juga berhak untuk tahu sejarah pembentukan Malaysia yang sebenar.

9. Kita berharap Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) dan Gabungan Sabah (GS) akan diberi mandat oleh rakyat Sabah pada PRU akan datang ini bagi memastikan hak-hak rakyat Sabah dapat dikembalikan semula. Kita berharap juga agar seluruh rakyat Sabah dapat berfikir secara matang untuk memilih kerajaa yang betul-betul berpaksikan kepada aspirasi Sabah kerana tahun demi tahun makin banyak hak Sabah yang hilang daripada kita.

IR. JOVILIS MAJAMI
Ketua Pergerakan Pemuda Negeri/Naib V, Parti Harapan Rakyat Sabah.
Timb. Pengerusi II, Gabungan Muda Sabah (GEMA)
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.