Salam Hormat, Salam Ramadan dan Salam Harapan Rakyat buat Ustaz Kahar.

Sebenarnya saya terlalu berat, terlalu susah dan terlalu segan untuk saya mengulas, menghurai dan memberi sebarang komen kepada isu yang ditimbulkan oleh Ustaz baru-baru ini kerana Ustaz bukan sahaja kawan rapat saya tetapi suatu ketika dulu Ustaz banyak memberi saya serba-sedikit nasihat serta panduan untuk untuk menempuhi alam rumahtangga.

Namun dengan kapasiti saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Negeri dan juga Ketua Pemuda Bahagian Kota Marudu Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYTA) saya tidak boleh mengunci mulut dan berpeluk tubuh dengan tidak menerangkan sesuatu kepada seluruh rakyat Sabah dan Kota Marudu khasnya sekiranya ada sesuatu tuduhan yang tidak masuk akal kepada kepimpinan tertinggi parti tambahan pula yang dituduh ini adalah Presiden dan Timb. Presiden yang menjadi jantung kepada parti. Lebih-lebih lagi saya sendiri tahu bahawa isu-isu yang ditimbulkan itu adalah palsu belaka.

Sebenarnya sebaik sahaja saya membaca komen Ustaz yang dihantar oleh kawan-kawan saya pada 13 Jun 2017 saya langsung tidak percaya bahawa nukilan itu lahir daripada buah fikiran Ustaz sendiri kerana saya tahu hubungan silaturahim antara Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Maijol Mahap serta saya sendiri sebelum ini memang terlalu erat. Saya mengharapkan agar adanya penafian ataupun satu pengakuan ikhlas bahawa posting itu bukannya lahir daripada ustaz tetapi daripada orang lain yang menggunakan akaun facebook ustaz!

Saya sengaja mengunci mulut dalam dua tiga hari yang lalu dan meminta Setiausaha Pergerakan Pemuda Kota Marudu untuk memberi respon secara baik kepada Ustaz dengan harapan isu ini selesai dengan mudah tetapi nampaknya jawapan yang kami terima bukannya menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya mencipta seribu amarah dikalangan penyokong HARAPAN RAKYAT yang sebelum ini sudah terasa bahangnya.

Saya sedia maklum dan sesiapa pun boleh memahami bahawa permohonan maaf daripada Ustaz atas fitnah terhadap Presiden dan Timbalan Presiden bukanlah dilakukan secara jujur dan ikhlas tetapi lebih kepada bersifat simbolik untuk memberitahu seluruh masyarakat bahawa Ustaz mempunyai cukup bukti terhadap tuduhan yang Ustaz lemparkan kepada mereka. Sebab itulah Ustaz meminta mereka untuk mengistiharkan harta termasuklah harta keluarga mereka.

Mengenai dengan saranan Ustaz agar kedua-dua pemimpin kami termasuk ahli keluarga mereka perlu mengistihar harta, saya langsung tidak faham apa hak Ustaz untuk mengarahkan pemimpin kami ini untuk berbuat demikian. Bagi saya yang paling senang dan paling mudah adalahvUstaz laporan sahaja kepada pihak berkuasa supaya senang bagi mereka untuk melakukan siasatan sekiranya Ustaz betul-betul mempunyai bukti kukuh bahawa mereka ini pernah mendapat dana daripada Perdana Menteri Najib Razak hasil daripada 2.6 billion sumbangan daripada Arab Saudi itu. Tapi untuk Ustaz mengarahkannya mereka ini untuk mengistiharkan harta adalah tidak masuk akal sama sekali.

Disamping itu, Ustaz kena ingat bahawa baru-baru ini pemimpin atasan PKR iaitu Sdra. Rafizi Ramli telah mendedahkan satu persatu nama-nama penerima dana 2.6 billion daripada perdana menteri itu. Tiada pula saya melihat kedua-dua nama pemimpin dari Parti Harapan Rakyat Sabah ini termasuk dalam senarai yang beliau keluarkan. Maka itu, saya berharap agar Ustaz mengambilkira hal ini kembali sebelum membuat sebarang andaian.

Mengenai tanggapan Ustaz bahawa Presiden keluar dari PKR dahulu adalah disebabkan masalah dana dangan mengambil kira kata-katanya yang mengatakan bahawa "apa guna berpolitik dengan air liur sahaja" adalah tanggapan yang salah. Semua pemimpin-pemimpin dalam PKR pada ketika itu sudah sedia maklum berkenaan dengan pemasalahan diantara pemimpin pusat dan negeri. Saya sendiri berada dalam AMT dan saya tidak pernah terlepas dengan apa-apa aktiviti parti pada masa ketika itu. Oleh itu, saya sangat tahu prihal perjalanan parti PKR Sabah setahun sebelum adanya parti HARAPAN RAKYAT ini muncul.

Saya lagi yang menghairankan saya berserta dengan rakan-rakan lain dalam kepimpinan pemuda ialah kami melihat bahawa perjuangan PKR kota marudu ini seolah-olah hendak menjatuhkan sesama pembangkang. Saya tidak pernah dengar pun Ustaz membuat sebarang seranagan pribadi terhadap Dr. Maximus yang selama ini dikaitkan dengan beberapa skandal penyelewangan dan kelemahan urus tadbir selama beberapa penggal menjadi ahli parliamen Kota Marudu. Saya tidak dengar pula Ustaz meminta Maximus mengistiharkan hartanya!

Seperkara lagi, janganlah Ustaz berkecil hati dengan laporan polis yang telah dibuat oleh pemuda ke atas Ustaz kerana kami sebagai pemuda mahu supaya hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Ini semua pemuda lakukan demi untuk masa depan kami selaku golongam muda kerana kami melihat apa yang diperjuangkan oleh Parti Harapan Rakyat Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Presiden dan Timb. Presiden adalah semuanya berkenaan dengan membela masa depan Gen-Y. Dan menurut pegawai polis yang menghubungi saya pada petang Isnin ini, laporan kami ini telah pun dihantar oleh pihak balai ke mahkamah Kota Marudu tanpa menghubungi saya terlebih dahulu. Namun apa pun perkara ini mudah saja. Jangan ambil pusing. Saya yakin bahawa ada lagi masa untuk memerbetulkan keadaan sekiranya Ustaz betul-betul mahu memperbetulkannya.

Untuk akhirnya, saya harap JANGANLAH KITA PUTUSKAN JAMBATAN YANG TELAH TERBINA SELAMA INI. Walaupun kita berlainan sedikit ideologi politik tapi matlamat kita sama iaitu ingin melihat bahawa Sabah ini berada dalam keadaan aman dan membangun seperti wilayah-wilayah diluar sana.

Akhir sekali, saya memohon seribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa dalam tulisan saya ini.

JOVILIS MAJAMI
Ketua Pergerakan Pemuda Negeri/Naib V
Ketua Pergerakn Pemuda Bahagian Kota Marudu
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.