Kota Kinabalu, 6 Jun 2017: Pengendalian inisiatif penempatan pembantu guru yang dilaksanakna di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang juga dikatakan usaha Kementerian Pendidikan dalam meringankan beban tugas guru secara komprehensif dilihat satu lagi cara kerajaan persekutuan memperlekehkan penduduk Sabah sebagai salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia menurut Ketua Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat, Ir. Jovilis Majami.

Mengulas apa yang diviralkan melalui laman sosial pada 5 Jun 2017 oleh salah seorang bekas pembantu guru yang telah diberhentikan berserta keratan akhbar yang disiarkan oleh New Sabah Times bertarikh 05 April 2017, beliau berkata penamatan khidmat lebih 800 orang Pembantu Tadbir (P/O) N17 Sambilan Sabah Lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetapi meneruskan khidmat ini di Negeri Melaka dan Kedah adalah langsung tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Sabah.

"Kami disini tertanya-tanya mengapa pembantu-pembantu guru untuk Sabah ini yang semuanya anak tempatan Sabah diberhentikan daripada jawatan mereka tetapi masih diteruskan untuk dua buah negeri di Samananjung. Apakah kerana pemimpin-pemimpin yang menarajui Barisan Nasional kebanyakannya berasal dari sebarang sana menganggap kita sebagai masyarakat kelas kedua?

Beliau menambah lagi, alasan kerajaan bahawa penamatan perkhidmatan mereka adalah disebabkan kekurangan dana di pihak kerajaan adalah tidak masuk akal kerana pada tahun 2015 dan 2016 kerajaan telah mengutip GST sebanyak 27 bilion dan 39 bilion. Manakala mengikut anggaran kasar yang dikeluarkan oleh kerajaan Sabah sumbangan Sabah ke atas kerajaan persekutuan adalah lebih kurang 42 bilion adalah merupakan sumbangan yang terbesar di kalangan negeri-negeri di Malaysia.

Jovilis berkata walaupun rayuan sudah dibuat sebanyak dua kali oleh kumpulan ini iaitu yang pertama wakil mereka ke putrajaya untuk bertemu secara bersemuka dengan menteri terbabit di samping menyerahkan surat rayuan namun jawapan yang diterima daripada menteri tersebut masih mendukacitakan. 

"Yang menghairankan saya ialah kenapa pengambilan dibuat pada awal tahun 2013 dan kemudiannya kerajaan berhentikannya pada penghujung tahun yang sama. Apakah ini cuma cara kerajaan untuk memancing undi terutamanya pengundi-pengundi dari Sabah kerana pada pertengahan tahun 2013 ini merupakan PRU13? Soal beliau.

Kalau inilah matlamat kerajaan persekutuan iaitu rakyat Sabah diberi muka semasa diperlukan tetapi apabila mereka mendapat apa yang dihajati dibuang begitu sahaja ianya amat menyedihkan. 

"Dalam siaran akhbar tersebut wakil daripada pekerja telah bersusah payah ke putrajaya pada 15 Ogos tahun lalu untuk bertemu dengan menteri terbabit bagi menyerahkan surat rayuan dengan kosnya ditanggung sendiri oleh kumpulan ini tapi hasilnya sia-sia belaka" 

"Ada juga di antara mereka yang telah membuat pinjaman semasa mereka berkhidmat dan apabila mereka diberhentikan, mereka tidak dapat membayar pinjaman tersebut sehinggalah ke hari ini" tambah beliau lagi.

Justeru itu, sudah tiba masanya bagi seluruh rakyat Sabah untuk menilai kerajaan yang ada sekarang ini sama ada mereka ini  memperjuangkan nasib kita atau cuma mengambil kesempatan terhadap rakyat Sabah.

Saya berharap juga agar rakyat Sabah akan memberi sokongan penuh kepada parti-parti dalam Gabungan Sabah (GS) pada PRU14 ini kerana matlamat GS ini adalah untuk mendapatkan autonomi Sabah bagi  memastikan seluruh rakyat Sabah akan terbela.

Ir. Jovilis Majami
Ketua Pergerakan Pemuda Negeri/Naib Presiden V
Parti Harapan Rakyat Sabah
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.