Kota Kinabalu: Gabungan Muda Sabah (GEMA) akan membuat bantahan dan penyerahan petisyen bagi menuntut perlantikan Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberikan kepada anak Sabah.

Pengerusi penganjur bantahan Menuntut Perlantikan NC UMS Diberikan Kepada Anak Sabah, Ir. Jovilis Majami yang juga Ketua Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) berkata pada hari ini kita menghantar surat ke Balai Polis Karamunsing bagi memberi makluman kepada pihak polis menganai bantahan yang akan kita lakukan pada Jumaat 16 Jun 2017 bagi penyerahan petisyen bantahan NC UMS agar jawatan tersebut diberikan kepada anak Sabah.

Selain dari itu Gabungan Muda Sabah (GEMA) juga turut menghantar surat makluman ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pihak pentadbiran UMS bagi memaklumakan tentang penghantaran petisyen ini.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia harus mengambil kira jaminan Borneonisasi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, Inter-Governmental Committe Report 1962 dan juga didalam 20 Perkara sebagai asas pembentukan Malaysia untuk mengambil anak-anak Sabah bagi nengetuai mana-mana jabatan dan agensi kerajaan termasuklah UMS.

"Saya mahu Kerajaan Persekutuan berfikiran lebih terbuka dengan sensitivity rakyat Sabah yang menginginkan supaya PERJANJIAN MALAYSIA 1963 dihormati dan dipelihara. Kita semua sedia maklum bahawa setelah Sabah berada hampir 54 tahun dengan Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama taraf tetapi malangnya Sabah masuh jauh ketinggalan dari segi penbangunan infrastruktur mahupun bidang pendidikan. Sehubungan dengan itu, perlantikan anak Sabah sebagai NC adalah satu langkah terbaik bagi menjamin hak Sabah terus terpelihara".

Beliau turut meminta kepada semua anak Sabah terutamanya kepada golongan muda untuk bangkit bersama-sama bagi menyuarakan hak dan aspirasi anak Sabah tanpa mengira latar belakang suku dan agama kerana apa yang kita lakukan pada hari ini adalah nenjadi penentu kepada masa depan generasi akan datang.

"Saya mengharapkan kehadiran anda pada 16 Jun 2017 ini untuk bersama-sama memperjuangkan hak kita" kata beliau.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.