Salam sejahtera dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada saudara Presiden GPMS. Terlebih dahulu saya memohon seribu kemaafan sekiranya surat terbuka ini menyentuh hati saudara tetapi percayalah bahawa hati saya dan seluruh rakyat Sabah lebih tersentuh dengan kenyataan saudara soal perlantikan Naib Canselor (NC) UMS yang baru dan bakal menggantikan NC sekarang ini yang akan bersara.

Saudara Zambri,

Untuk makluman saudara perkara pertama yang ingin saya perbetulkan disini ialah tanggapan saudara bahawa Sabah ini adalah sebuah negeri adalah kurang tepat kerana mengikut fakta sejarah yang sebenar Sabah ialah sebuah wilayah yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 bersama-sama dengan Sarawak dan Singapura pada ketika itu. Zaman gelap wilayah Sabah ini bermula pada tahun 1976 apabila wilayah Sabah ini diturunkan statusnya menjadi negeri oleh kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan segala keistimewaan rakayat Sabah termasuk saya diragut, dirompak dan dicuri daripada kami.

Saudara yang dihormati,

Saya tidak memanjang lebarkan berkenaan dengan Perjanjian Malaysia (MA63) dan apa hak-hak kami sebagai rakyat Sabah mengikut perjanjian itu kerana saya yakin saudara sangat tahu perkara ini namun saya tahu saudara berpura-pura tidak tahu seperti mana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin Sabah yang berada dalam BN ketika ini.

Saudara Zambri,

Untuk makluman saudara tuan Presiden GPMS, saya tahu apa sebenarnya yang ingin saudara sampaikan kepada seluruh rakyat Sabah iaitu saudara ingin mengingatkan bahawa kami di Sabah ini masih lagi tidak setaraf dengan orang-orang di Samananjung, pendidikan kami masih lagi jauh ketinggalan, ilmu kami masih kurang dan mungkin juga anda berfikir bahawa kami di Sabah ini masih lagi bodoh! Dan itulah sebenarnya alasan anda bahawa kami tidak seharusnya mempertikaikan sesiapa sahaja yang dilantik menjadi NC walaupun ianya bukan dari Sabah.

Zambri,

Tahukah anda wahai saudara Zambri bahawa bidang pendidikan di Malaysia ini adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan yang kebanyakannya orang-orang pentingnya adalah dikalangan anda sendiri. Engkau juga memang tahu bahawa orang-orang engkau ini memberikan peruntukan yang sangat banyak untuk Semananjung manakala kami di Sabah cuma diberikan sisa-sisanya itupun setelah adanya pemimpin kami yang merajuk.

Zambri,

Peruntukan yang sangat kurang ini memang terlalu sukar untuk kami bersaing dengan pelajar-pelajar ditempat engkau kerana tadika engkau, sekolah engkau, kolej engkau, universiti engkau mempunyai kemudahan yang secukupnya malahan lebih dari cukup tetapi ditempat kami ini ada lagi sekolah yang tidak layak dipanggil sekolah tapi cuma sesuai dipanggil sebagai reban ayam. Untuk pengetahuan engkau juga kebanyakan sekolah-sekolah di sini langsung tidak mempunyai kemudahan asas. Bukannya macam ditempat engkau dimana semua sekolah telahpun dilengkapi dengan jalur lebar.

Saudaraku Zambri,

Namun demikian, walaupun kedaifan sistem pendidikan kami ini hasil daripada penganaktirian daripada kerajaan persekutuan, ini tidak bermakna bahawa tiada diantara rakyat Sabah yang layak untuk memimpin UMS. Ini sudah dibuktikan bahawa sebelum ini UMS dipimpin oleh anak jati Sabah dan tiada apa-apa masalah yang timbul. Saya sangat hairan kenapa engkau tiba-tiba meminta kami untuk akur sekiranya bukan Sabahan yang menerajui UMS. Ingatlah Zambri, dikalangan engkau sendiri diseberang sana pun bukannya pintar sangat. Janganlah kita berdua lupa pemimpin yang engkau sayangi Datuk Ahmad Maslan dengan teori GSTnya yang sangat berjaya!

Zambri Sahabatku,

Selain daripada apa yang saya perkatakan di atas saya juga ingin mengingatkan engkau bahawa janganlah engkau dan orang-orang engkau monopoli pekerjaan yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Sabah kerana kami juga mempunyai ramai graduan yang masih menganggur yang memerlukan pekerjaan. Sudahpun sekutu-sekutu engkau melahap hasil bumi kami seperti petroleum, kamu orang juga mengikis semua jawatan-jawatan penting di Sabah ini. Apa lagi yang kami ada duhai Zambri?

Zambri o Zambri,

Sebelum saya melabuhkan tirai keyboard saya ini, saya cuma ingin memaklumkan kepada engkau dan diharap engkau boleh sampaikan hal ini kepada semua sekutu-sekutu engkau diseberang sana agar engkau dan mereka faham bahawa kami anak-anak muda di Sabah ini bukan lagi main-main dalam menuntut hak kami seperti apa yang pemimpin engkau dahulu dan pemimpin saya dahulu persetujui. Mereka ini sama-sama menandatangani perjanjian bahawa Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya adalah sama taraf dan bukannya Sabah ini salah satu negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Untuk info lebih mendalam sikit, saya nyatakan disini bahawa anak-anak muda Sabah telahpun menubuhkan Gabungan Muda Sabah atau GEMA iaitu menghimpunkan semua generasi muda Sabah yang mempunyai aspirasi yang sama iaitu mahu melihat supaya Perjanjian Malaysia dipatuhi dan autonomi Sabah seperti apa yang terdapat dalam Perjanjian Malaysia itu harus dikembalikan kepada Sabah.

Untuk itu Zambri,

Sebelum saya mengundurkan saya memohon seribu kemaafan sekiranya saya terkasar kata bicara dalam coretan saya pada kali. Moga saudara BERHATI-HATI DALAM BERBICARA DILAIN HARI SUPAYA TIDAK MELUKAKAN HATI SAHABATMU DISINI.

Sekian.

Dari Sahabatmu di Sabah

IR JOVILIS MAJAMI
Ketua Pergerakan Pemuda Negeri
Parti Harapan Rakyat Sabah.
Timb. Pengerusi GEMA.

Sumber: Facebook Jovilis Majami

*Ini adalah kenyataan balas terhadap kenyataan daripada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)*
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.