Kota Kinabalu, 21 Julai, 2017: Gabungan Sabah akan menganjurkan beberapa Mini-Konvensyen berkenaan Hak-Hak Sabah di seluruh Sabah dalam beberapa bulan ini. Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kumin selepas menghadiri mesyuarat khas Gabungan Sabah yang dihadiri oleh semua Ketua Penerangan dan Setiausaha Agung Parti-parti Gabungan Sabah baru-baru ini.

Menurut Jeffrey, Mini-Konvensyen Hak-Hak Sabah anjuran Gabungan Sabah yang pertama akan diadakan bagi kawasan Parlimen Kota Belud dan Tuaran pada hari Ahad, 23hb Julai 2017, bertempat di perkarangan rumah Pengerusi Penganjur, Suwah Bulleh, di Kg. Bangkahak, Jalan Kompleks Sukan, Kota Belud bermula jam 12 tengahari.

Jeffrey mengatakan bahawa program Mini-Konvensyen akan bermula dengan pembentangan *"HAK-HAK SABAH DALAM MALAYSIA"* oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, merangkap ADUN Bingkor.

Ianya akan disusuli dengan ucapan- ucapan daripada Presiden- presiden Parti dalam Gabungan iaitu Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). Dan diikuti seterusnya dengan perbahasan-perbahasan yang akan disampaikan oleh wakil-wakil Wiranita, Wiramuda, Gen-Y dan beberapa wakil daripada parti-parti dalam Gabungan Sabah.

Jeffrey menambah bahawa selepas semua itu dijalankan, satu sesi Soal-Jawab bersama dengan panel sidang akan diadakan dimana ianya terbuka kepada orang ramai untuk mengambil bahagian.

Mini-Konvensyen pertama tersebut akan berakhir dengan ucapan penggulungan daripada Pengerusi Gabungan Sabah, Datuk Haji Mohamad Noor Haji Mansoor.

Sehubungan dengan ini, Jeffrey menyeru semua penduduk terutama mereka yang tinggal didalam kawasan Parlimen Kota Belud dan Tuaran untuk mengambil kesempatan ini dan datang beramai- ramai menghadiri Mini-Konvensyen untuk memahami lebih mendalam mengenai Hak-Hak Sabah Dalam Malaysia dan bagaimana ianya dapat dilaksanakan demi masa depan yang lebih cerah untuk Sabah dan semua rakyat Sabah.

Menurut Jeffrey, melalui program ini, rakyat Sabah terutama pengundi-pengundi diharapkan akan lebih bersedar dan memahami dengan lebih mendalam berkenaan Hak-Hak Sabah yang diperjuangkan oleh parti-parti didalam Gabungan Sabah.

Jeffrey menambah bahawa selain daripada bertanya soalan, memberi cadangan-cadangan atau usul, rakyat Sabah juga dapat bersuai-kenal dengan presiden-presiden parti, ahli-ahli majlis tertinggi, ketua-ketua bahagian, pemimpin-pemimpin, serta ahli -ahli parti daripada Gabungan Sabah yang juga akan menghadiri dan memberi sokongan padu keatas program Mini-Konvensyen ini dan yang akan datang.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.