Malaya
Pelantikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNC P&I) yang baru – Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) perlu perjelaskan kepada rakyat Sabah.

Pergerakan Pemuda Negeri Parti Harapan Rakyat Sabah mahu perlantikan semula Prof. Dr. Shahril Yusof sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNC P&I), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 06 Julai 2017 harus diperjelaskan segera oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh dan Ahli Lembaga Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu sendiri kerana dikatakan dilantik secara tidak telus dengan tidak melalui prosedur yang betul.

Menurut ketua pergerakan pemuda parti tersebut Jovilis Majami sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perlantikan TNC P&I seperti yang terdapat di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) seksyen 4A dan Perlembagaan UMS Seksyen 12(6) yang mana disebut dengan jelas bahawa jawatan TNC itu dilantik oleh menteri terbabit atas nasihat Jawatankuasa Pemilih selepas berunding NC semestinya Dato’ Seri Idris Jusoh tahu berkenaan dengan pelantikan ini. Beliau juga harus menjawab bahawa adakah beliau sudah berhubung dan memaklumkan kepada NC baru UMS berkenaan dengan pelantikan TNC P&I ini.

Kekosongan jawatan TNC P&I ini telah diiklankan pada 10 Februari 2017 oleh pihak UMS apabila Prof. Dr. Shahril Yusof ini tamat tempoh perkhidmatan pada 18 Jun 2017 bersama-sama dengan bekas Naib Canselor (NC) UMS, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah.

Menurut Jovilis rakyat Sabah tertanya-tanya terutamanya dikalangan pemohon kerana tiada apa-apa makluman yang mereka terima daripada pihak pengurusan UMS tentang status permohonan mereka selama ini sehinggalah pengumumam Prof. Dr. Shahril ini dibuat. Isunya disini, apakah kelebihan Prof. Dr. Shahril Yusof yang telah tamat perkhidmatannya tetapi dilantik semula menjadi TNC P&I semula? Sedangkan beliau ini masih lagi dikaitkan dengan penglibatan dalam skandal penyelidikan tiga buah kapal kargo Jepun yang karam di Teluk Usukan semsa Perang Dunia Kedua.

"Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah kekosongan jawatan ini telah diiklankan dan ramai anak jati Sabah yang layak telah pun memohon untuk mengisi jawatan ini. Kenapa pihak KPT dan Ahli Lembaga Pengarah UMS tidak memanggil mereka untuk sesi temuduga bagi memberi peluang kepada pemohon untuk memperlihatkan kelebihan masing-masing. Apabila pemohon-pemohon ini langsung tidak dimaklumkan tentang status permohonan mereka tetapi sebaliknya mendengar bahawa jawatan itu telah pun diisi oleh orang yang telahpun tamat tempoh perkhidmatannya, bukankah itu satu bentuk penghinaan kepada para pemohon? Ianya seolah-olah membayangkan bahawa semua pemohon yang telah memohon tidak mempunyai kelayakan ataupun mereka semuanya telah mati kerana tidak dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka. Sepatutnya para pemohon ini diberi makluman atau dipanggil untuk sesi temuduga bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada mereka" kata Jovilis.

Sepatutnya KPT dan Dato’ Seri Idris Jusoh sedar dan mengambil iktibar daripada isu cadangan pelantikan Naib Canselor UMS bukan berasal dari Sabah baru-baru ini yang mana dibantah sekeras-kerasnya oleh sebahagian besar penduduk Sabah. Jangan sekali-kali KPT menganggap bahawa dengan pelantikan NC UMS dari Sabah baru-baru ini maka tuntutan kami sebagai rakyat Sabah telah selesai. Di sini saya ingatkan kepada KPT dan Dato’ Seri Idris Jusoh bahawa kami tetap akan bangkit untuk menuntut hak kami sebagai rakyat Sabah sekiranya terdapat apa-apa pencerobohan terhadap Perjanjain Malaysia 1963 yang telah ditandatangani dahulu.

Sabahan
Dato’ Seri Idris Jusoh kena faham bahawa apabila kami menolak cadangan pelantikan bukan orang Sabah yang menjadi NC, kami juga menolak pelantikan orang luar dari Sabah untuk memegang jawatan-jawatan penting di Sabah termasuklah jawatan TNC P&I kerana jawatan ini amat signifikan kepada orang-orang Sabah. Semasa cadangan pelantikan NC bukan dikalangan orang Sabah, Gabungan Muda Sabah (GEMA) telah membuat petisyen bantahan dan cadangan perhimpunan aman di depan UMS sekiranya niat KPT itu diteruskan tetapi akhirnya di batalkan kerana NC yang baru dilantik dikalangan anak jati Sabah. Namun, ini tidak bermakna bahawa Gabungan Muda Sabah (GEMA) tidak boleh mengaktifkan petisyen bantahan dan perhimpunan di UMS sekiranya terdapat keperluan dalam pelantikan TNC P&I ini. Oleh itu, diharap kami mendapat respon segera daripada KPT dan UMS berkenaan dengan isu ini kata beliau.

JOVILIS MAJAMI
Ketua Perherakan Pemuda Negeri/Naib V
Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT)
Timbalan Pengerusi 2,
Gabungan Muda Sabah (GEMA)
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.