Kota Marudu, 01 Julai: Sambutan luar jangka orang ramai terhadap penganjuran Pesta Kaamatan yang dirasmikan oleh Datuk Maijol Mahap Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) merangkap Pengerusi Gabungan Sabah (GS) Bahagian Kota Marudu dengan menggabungan enam buah kampung bertempat di Kg. Panusukan Tandek, Kota Marudu sebagai tuan rumah menujukan bahawa Parti Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah sudah mendapat kepercayaan daripada masyarakat P168 Kota Marudu.

Ir.Jovilis Majami
Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Parti Harapan Rakyat Sabah Jovilis Majami berkata, perjuangan parti yang jelas serta faktor pemimpin diperingkat bahagian merupakan salah satu daya penarik kepada Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah untuk mendapat tempat dihati rakyat di bahagian Kota Marudu ini.

Jovilis berkata Datuk Maijol Mahap yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah adalah seorang yang mudah didekati, mesra rakyat dan anak kelahiran Kota Marudu memang tidak asing lagi dalam arena politik Kota Marudu kerana terus mendampangi rakyat walaupun beliau kalah dengan penuh kontroversi pada pilihanraya yang lepas.

“Perjuangan Parti Harapan Rakyat Sabah dan Gabungan Sabah juga amat jelas dan konsisten iaitu ingin menuntut autonomi Sabah yang selama ini diabaikan oleh persekutuan dan itulah yang membuatkan masyarakat tertarik untuk mmenyokong perjuangan parti ini terutamanya dikalangan golongan muda,” katanya dalam satu kenyataannya disini.

Pesta Kaamatan yang dipengerusikan oleh Encik Edwin Sadiwau Anggaron bersama-sama dengan AJK pelaksana untuk enam buah kampung ini sebulat suara memilih Datuk Maijol Mahap sebagai perasmi telah menarik lebih kurang 2500 hingga 2700 orang pengunjung dan ini dikatakan telah mengatasi kehadiran pengunjung pesta kaamatan yg dianjurkan oleh parti pemerintah di pekan Tandek pada 25hb Mei yang lepas.

“Dahulu sebarang pesta yang dianjurkan oleh pihak pembangkang tidak mendapat sambutan daripada rakyat setempat kerana takut dengan pelbagai ancaman daripada pihak parti pemerintah seperti menamatkan bantuan kebajikan, tidak diberi tangki biru, diambil tindakan tatatertib bagi penjawat awam dan sebagainya tetapi hari ini rakyat tidak lagi merasa gentar terhadap ugutan tersebut kerana rakyat sedar bahawa ada lagi perkara yang lebih penting yang harus diperjuangkan berbanding dengan hanya menerima tangki biru,” kata Jovilis.

“Rata-rata rakyat di Kota Marudu ini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Yang Berhormat (YB) yang ada sekarang kerana tidak banyak yang YB ini dapat sumbangkan kepada rakyat Kota Marudu. Isu-isu seperti tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), masalah jalanraya, air dan pembangunan di pekan Tandek bagi penduduk di DUN Tandek tidak pernah selesai sejak dari dulu lagi.”

Turut hadir bersama ialah Ketua Bahagian Parti SAPP Kota Marudu John Charles Mikat, Ahli Naib Ketua Bahagian merangkap Ahli Majilis Tertingi Harapan Rakyat (AMT) Encik Jamadil Idaron, Naib Ketua Bahagian Encik Hairun Sulaiman, Ketua Wanita Bahagian merangkap EXCO Wanita Negeri Puan Dona Kamedis, Ketua Wanita Muda Cik Hee Wee Wee dan sebilangan besar AJK Bahagian Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah.

Apabila ditanya apakah manifesto Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah khususnya di P168 Kota Marudu untuk menghadapi PRU14 ini bagi memperkukuhkan keyakinan pengundi, Jovilis yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Negeri berkata bahawa manifesto sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan kepada seluruh rakyat Kota Marudu.

“Ketua Bahagian akan umumkan apabila tiba masa yang sesuai. Itu adalah salah satu strategik parti. Dalam perang pun, tiada pihak yang akan mendedahkan semua teknik tempur mereka kepada pihak musuh.” Kata Jovilis.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.