1. Masa depan Sabah, anak-anak muda dan generasi akan datang adalah bergantung kepada setakat mana kita memperolehi otonomi Sabah seperti yang terkandung didalam Perjanjian Malaysia 1963.

2. Bukti nyata ada didepan mata bahawa ketidakpatuhan terhadap perjanjian ini dan penafian otonomi kepada Sabah membuatkan rakyat Sabah jauh ketinggalan dalam semua aspek.

3. Dari tahun ke tahun saya melihat bahawa anak-anak muda kita kian ketinggalan dan keadaan ini sudah semestinya bertambah parah pada masa-masa akan datang sekiranya kita tidak mendapat otonomi daripada sekarang.

4. Sebenarnya kita mempunyai banyak sumber yang telah diterokai oleh kerajaan persekutuan namun hanya sedikit sahaja hasil yang kembalikan ke Sabah bagi tujuan membangunkan Sabah contohnya industri minyak dan gas, kelapa sawit dan sebagainya.

5. Apabila Sabah ini tidak mampu dibangunkan maka peluang-peluang pekerjaan juga tidak dapat diwujudkan oleh itu anak-anak muda kita tiada pilihan lain selain daripada mencari nasib di rantauan seperti di Semananjung Malaysia, Singapura dan Australia. 

6. Lebih menyedihkan lagi apabila jawatan-jawatan penting di negeri Sabah yang sepatutnya diisi oleh anak jati Sabah sendiri masih dikuasai oleh orang-orang Semananjung.

7. Isu yang sangat penting juga ialah isu kedatangan Pandatang Tanpa Izin (PTI) yang tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. Mengikut sumber PTI-PTI ini dikatakan sudah melebihi penduduk tempatan sudah semestinya meragut masa depan anak-anak muda tempatan sekiranya tiada tindakan awal dilakukan.

8.  Walaupun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan PTI ini telah lama selesai namun dapatannya tidak pernah diumumkan. Apakah kerajaan kini sembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang-orang Sabah? Hanya kerajaan persekutuan yang tahu.

9.  Oleh itu, sekiranya kita mahu melihat nasib anak-anak muda hari ini dan generasi akan datang terbela maka tiada cara lain selain daripada kita menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang ini kerana mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk generasi kita.

10.  Parti terbaik untuk membela Sabah adalah semestinya parti tempatan Sabah agar kita bebas menyuarakan hak Sabah tanpa diganggu gugat oleh parti luar.  Contoh terbaik ialah Sarawak yang tidak mampu diperkotak-katikkan oleh kerajaan persekutuan.

11.  Kesimpulannya, saya menyeru agar semua rakyat Sabah supaya JANGAN UNDI BARISAN NASIONAL DAN PARTI-PARTI KOMPONENNYA kerana mereka ini bakal merosakkan masa depan anak-anak muda dan generasi akan datang sekiranya diberi peluang untuk memerintah lagi.

12.  Kalau Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan kepada saya apakah kenyataan saya ini sebagai satu HASUTAN, ya saya akui ini semestinya satu HASUTAN. Saya MENGHASUT supaya semua rakyat Sabah jangan undi BN pada PRU14 nanti.  Dan kalau saya disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman SEBAT jangan sebat saya dengan EKOR CICAK kerana saya sangat geli dengannya.

JOVILIS MAJAMI
Ketua Pergerakan Pemuda Negeri,
Parti Harapan Rakyat Sabah.
Timb. Pengerusi 2, 
Gabungan Muda Sabah (GEMA)
Labels:
This is the most recent post.
Older Post

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.